Followers

Wednesday, 29 April 2009

Wabak Selsema Babi H1NI

Dulu burung yang kena selsema sekarang babi pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexico sudah masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1n1?

Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein

“N” bermaksud Neuraminidase protein

babi h1n1 Wabak Selsema Babi H1NI

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini.

No comments:

Post a Comment

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers