Followers

Wednesday, 29 April 2009

Wabak Selsema Babi H1NI

Dulu burung yang kena selsema sekarang babi pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexico sudah masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1n1?

Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein

“N” bermaksud Neuraminidase protein

babi h1n1 Wabak Selsema Babi H1NI

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini.

Happy Birthday & Congratulation





Happy birthday to En Aziz & En Nasrizal.....Congratulation..to En Mazlan & En Yazmi dapat baby baru....

Monday, 27 April 2009

Typhoid outbreak in Selangor

The Ministry of Health has on 20.3.2009 issued an alert for the lookout for cases of typhoid fever in Selangor. Apparently the outbreak started from Sg Chongkak (near Kajang / Cheras) some 3 weeks ago.

Sg Chongkak is a popular weekend getaway with city folks. There's a waterfall, streams, chalets, picnic spots.
On weekends there are hawker stalls.

Typhoid fever is transmitted by contaminated water and food, hence the spread of the infection is normally through food handlers. They can be healthy carriers of the typhoid germs without showing signs of the illness.

The outbreak apparently started about 3 weeks ago and has gathered momentum, after an incubation period of 3 weeks. My guess is that it started from one of the food handlers from the hawker stalls.

Those working in KL and Selangor please be very careful with what you consume outside. Make sure the stalls are clean and ensure that the food is thoroughly cooked. Do not take iced drinks because of the possible contaminated unboiled water.. Green salads, poultry eggs, fruits washed in contaminated water etc are also a source of contamination.

Of course the best thing is to avoid eating outside. Make your own sandwich to take to work. Bring your own boiled water. If you need to make hot drinks at the office, make sure the water is really boiled.

If you come down with high fever, headache, constipation followed by diarrhoea, nausea, vomiting be sure to see your physician quickly. The fever in typhoid fever is typically "dry"; unlike some other infections where you are drenched in sweats.

You can get perforation of your intestines as a complication of typhoid fever!

Selangor vs Kelantan








Salam semua kepada pembaca blog exa...dah lama exa tak mengupdatekan blog nih...bukan malas kebzyan melanda..dua minggu lepas exa banyak keje nak di settlekan..so hari ni ada kelapangan sedikit.. ha kawan kawan semua exa nak cerita ,sabtu lepas exa pergi tengok perlawanan bola sepak antara Selangor vs Kelantan..untuk merebut piala FA...punyalah ramai umat manusia...huh fanatik betul penyokong penyokong bola sepak ni penuh satu stadium...

Perlawanan antara kedua dua pasukan malam tu hebat juga..sehingga tamat 90 minit perlawanan masing masing dapat mempertahankan pintu gol..sampai masa tambahan 30 minit di beri...masa ni kedua dua pasukan mula mengatur rentak...skuad wira merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan norfarhan mohammad pada minit 92.....pergh bergegar pintu gol selangor....nak sakit jantung dibuatnya..masa kelantan gol...masa tu yaallah tuhan saja yang tahu macam mana frustnya penyokong penyokong selangor....macam macam perkataan keluar dari mulut mereka..samalah dengan exa..sampai terkeluar doa makan la..konon kononnya ada keajaiban yang akan berlaku pastu...bagaimanapun pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan penyokong kelantan itu langsung lenyap lapan minit kemudian,apabila ketua pasukan selangor Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1 minit ke 100..... time nih penyokong selangor balas dendam la kat penyokong kelantan...punyalah gamat stadium dgn sorakan gumbira kami tak hingat dunia ...penyokong kelantan dah dok diam diam dah ....ketaq dah diaorang mana leh lawan gergasi merah nih.....tapi dah seri 1-1 kena lah buat sepakan penalti untuk memastikan sapa yang layak bawa balik pialaFA nih...sekali lagi jantung berderap derup..di buatnya.....sepakan penentuan penalti disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum,Nasriq Baharum,D.Surendran dan Safee Sali...manakala dua sepakan pemain kelantan,Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tersasar ...kami menang malam nih....huhuhuhu..bila indra putra sepak terkena palang ....gembira penyokong selangor..time ni dah naik atas kerusi....laungan pekik kesian dia kesian dia kesian dia ditujukan khas untuk indra putra dan zairul fitree...penyokong penyokong kelantan balik dengan perasaan kecewa...konon konon dia america....hahhahahaha
Selangor melebarkan rekod kejaguhan dalam persaingan bolasepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang piala FA buat kali ke 5 dengan menewaskan kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil....Punyalah aku bangga jadi anak jati selangor......huhk

Wednesday, 22 April 2009

Koleksi Tudung Baru

salam semuanya..dah lama tak update blog nih....exa nak cite ini koleksi tudung baru exa..cantik tak kawan kawan...kalau ada yang berminat boleh la kirim pada exa...harga nya standart dengan butik ariani...

Wednesday, 15 April 2009

Sunday, 12 April 2009

Jalan jalan ke Zoo Negara




lepas beli hadiah,kitaorang masuk ke aquarium tuanku abdul rahman ...kat dalm zoo ni juga..tapi aku tak dapat rakam kan gambar kerana tidak di izinkan menggunakan camera...hampir 4 jam berjalan cuaca pun tidak mengizinkan kami pun balik...ini lah hari yang paling indah kami sekeluarga..... Sweet Memory April 2009

mama kayla nak barney ....

Comel tak kayla mama

aku sempat singgah kat kedai souviner beli permainan untuk kayla untuk dijadikan kenangan....


Walaupun Kayla baru 1 tahun setengah...aku tau dia masih belum lagi mengenali binatang binatang yang ada di zoo negara ni..tapi riuh juga mulut dia bile melihat binatang binatang yang ada kat sini...



Setelah 2 minggu kayla di kuarantin di rumah akibat jangkitan virus kaki tangan dan mulut...aku n hubby ambil keputusan untuk bawa kayla kuar pegi jalan jalan...setelah selesai sarapan pagi kami masih terfikir ke lokasi mana yang agak menarik untuk kami kunjungi...ke shoping complex...agak membosan kan...lagi lagi hujung minggu sudah tentu ramai orang..hubby bagi idea nak pegi ke zoo negara...ok juga lagi pun aku sudah lama tidak kesana..seingat aku masa aku umur 9 tahun..itu lah kali terakhir aku ke zoo negara..bersama emak ayah dan adik beradikku bayangkan berapa lamanya...sampai lah aku dah kawin dan dah ada anak..mungkin kali ini giliran aku dan hubby pula untuk bawa anak ku melawat zoo negara...Sebelum ke zoo aku singgah di rumah ayah ambik adik aku yang bongsu camelia qistina....seronok la kayla bila ada kawan...lagi pun camelia tak pegi mana mana ...bila dia tau aku nak pegi zoo cepat cepat dia siap....ok nak tau apa lagi yang terjadi kat zoo jom layan cerita aku....












Friday, 10 April 2009

Geram ....!!!!


Hih geram betul aku dgn staff baru aku nih..tak faham bahasa ke aku cakap bos takder ..pegi meeting kat hq..duk lagi menepek kat depan meja aku nih buat apa.. nak minta cop n sign bos pun tunggu ler lepas jumaat..aku dah ulang 3 kali bos tak der ada meeting kat hq kl.....masih lagi tercegat depan aku... nak aku cakap prancis ker...aku cakap melayu pun tak faham ..macam mana lak kalau cakap prancis...sengal la mamat nih.. dengan datang keje baju tak bergosoknye...ni dah sah pagi tadi bangun lambat...sebat je baju apa yang ada agaknya... tak sesuai langsung...macam mana la student nak respek...kat dia..dengan gaya selekeh datang keje...huh....tak sesuai...

Thursday, 9 April 2009

Tazkirah Diri

Bagaimana RUPA agama islam?
(oh rupa-rupanya disini kau menyorok – petikan script sebuah filem…. Sumber hamka))

Ada org hantar email dan mintak gambar aku, nak tengok rupa sebenar aku katanya, maafkan aku, aku tidaklah sehensome Clark kent atau sekacak David Beckham..dan aku juga tak pandai bermain bola.

Korang bolehlah bayangkan rupa aku sebagai seorang lelaki gemok separuh umur dengan rambut botak depan dan hidung kemik serta mempunya sejemput janggut.

Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

"Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau.."

"Suami saya dulu, sama rupa macam awak.."

"Awak ada iras2, rupa nenek saya ler.."

"Rupa awak macam pelakon terkenal 'yassin senario' ler.."

"Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' (sebijik) macam engkou.."
he he he..

Aku kata: kalau macam tu, bertuahlah mamat tu, sebab hensem macam aku! ha ha!(puji diri sendiri nih)

Bebaru ni kakak aku ada lahirkan sorang anak laki2..
di tanyanya aku bahagian manakah yg sama atau menghampiri macam ibu bapa dia..

Aku kata: emmmmm, mata ada iras2 macam mak dia, hidung ada iras2 ikut ayah dia, mulut hampir sama macam nenek dia… tapi yg satu ni sama sejibik macam bapak dia punya!!!

Kakak aku tanya:
bahagaian mana yg sama sebijik macam bapak dia.?
aku kata: ni.. ha ha ha.!.
sambil tangan aku menunjuk arah kemaluan baby tu.
Oleh kerana kakak aku memahami aku, maka tak kedengaranlah timbul rungutan seperti:
"ehs..apa ni? teruknya.."
"awak ni tak senonoh lah!!!"
"Kotorlah awak nie.."
"jijiknya pemikiran engkau, lucah betul"
he he he…lantak korang ler..oh..aku melalut lagi!!!

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA agama…korang dah lama memeluk agama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA AGAMA.

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan....Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk agama islam.
Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar agama islam..

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?

aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasar malam.
kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam…macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman…

Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU.(kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .

"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,


RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"

(Lagu :peristiwa akhir zaman)

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang,maklumlah ada cerita "Superman return"(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan(lebih kurang maksud):

"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"

Dah tentu aku jawab :

"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh…

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)

-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu

maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)

-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu
maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…

Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...
ingat pesan Kak Pah:

"carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

------------ ----
-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)
------------

-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!

aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
-----------
-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…

aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!

Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu,

Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…

AMIN..YA ROBBULALAMIN…

ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya…

Renung-renungkan dan selamat beramal....

“Anda mampu mengubahnyer...”

Wednesday, 8 April 2009

HEYz LooK!!!!


Kata MAK,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu
sepah dibuang.....

Kata ABAH,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik tapi berduri.....

Kata ATUK,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....

Kata NENEK,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan
disanjung tp nun jauh di sana...

Kate SAUDARA,
KAWAN tu mcm makanan, kawan
makan kawan!!

Kata ABANG,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut
saje ape dikata.....

Kata KAKAK,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau
je busuk tp sedap dimakan....

Kata ADIK,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade
sekejap takde.......

Kata Aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia
Ibarat LEBAH,
Umpama BUNGA ROS,
Seperti AIR,
Bak BULAN,
Seperti LEMBU,
Tak ubah macam DURIAN & MACAM
BISKUT!!!
Tapi, dia tetap kawan... Sekali aku dah
kawan ngan dia...
selamanya dia ttp KAWAN aku..

Tuesday, 7 April 2009

Bila Jari menjadi Juri


Boring dah nak tengok AF7 , aku rasa tak patut rubissa dengan zizie terkeluar malam minggu hari tuh..performance diaorang malam tu meletup juga..diaorang dapat kritikan dari juri pun tidak keterlaluan sangat...pelajar lelaki yang di beri peluang menyanyikan lagu dato siti ditaman teman tu boleh pula lupa lirik...terselamat pula...inilah jadinya bila jari menjadi juri...pengundi hanya melihat rupa paras...bakat tak dinilai..agak- agaknya siapa lah yang boleh jadi juara AF7 kali nie...kata transformasi...tapi tak macam transformasi pun...pasni ramailah peminat yang beralih siaran tv...OIM lagi best....

Sunday, 5 April 2009

Mainan baru untuk kayla









Petang ni aku akan hantar kayla balik kerumah mak aku...walaupun seminggu tapi hati aku rasa sedih ......tapi nak buat macam mana nak taknak aku terpaksa hantar kayla..untuk pastikan kayla betul betul sihat....Selagi taska tu tak buat semburan anti virus aku rasa ragu ragu nak hantar kayla balik ke taska tu..

Petang semalam aku n hubby belikan permainan baru untuk kayla....supaya kayla tidak teringatkan aku dan hubby...bila di rumah mak nanti... nasib baik kayla dah serasi dengan mak aku...mungkin tak de masalah sangat... hhmmm mama la yang nangis nanti rindu kat kayla...kayla duduk umah nenek jangan nakal nakal yer... mama sayang kayla..

Thursday, 2 April 2009

Jiwa Kacau.....

Macam macam hal yang berlaku dalam minggu nih....huh sakit kepala otak aku..kes kayla kat taska tak habis habis ....bulan lepas kena melepuh lepuh pada kulit...kali nih dia dijangkiti virus kaki tangan dan mulut pulak...Ya allah berat sungguh dugaan mu..

Aku dah tak reti nak pikir macam mana nak buat dgn kayla nih..bila dia sakit masalahnya tak de orang nak jaga...aku memang la boleh ambik cuti..tapi takkan lah nak ambik sampai satu minggu...jadi terpaksalah aku import mak aku dari kampong...sape lagi nak jaga anak aku kalau bukan mak aku...

Tapi yang aku peliknya taska tempat kayla duduk tu masih lagi beroperasi...sepatutnya dah ada dua kanak kanak yang dah kena jangkitan virus ni taska tu ambikla tindakan ..tutup dalam beberapa hari untuk kemaskan kawasan taska..ini tidak budak yang kena jangkitan virus ni dah tentu lah tak boleh datang..anak anak yang lain masih jaga macam biasa...eeee ntah lah aku tak paham macam mana owner taska tu fikir...virus ni merbahaya ..tapi dia ambik mudah..

Satu hal lagi kementerian kesihatan ....aku dah buat laporan mengenai jangkitan virus ni dah kena pada anak aku...Aku minta buat siasatan kat taska tu...sampai hari nih senyap jer tak der kabar berita...agaknya kalau dah ada nyawa yang dah terkorban baru lah nak ambik tindakan...slow betullah...lagi lah pening kepala otak aku ...ha mastu nak salah kan siapa ????

Semalam kayla demam pulak..kesian dia asyik merengek jer...sebab dalam mulut dia penuh ulser...nasib baik jugalah dia nak makan nak minum...kalau tak jadi hal lain pulak....mmmm malas dah nak pikir benda nih...terserahlah pada tuhan...mama doakan kayla cepat sembuh ...Next week nak letak kayla kat mana biar papa kayla yang fikirkan...kalau aku juga yang nak kena pikir memang bertambah la jiwa kacau aku nih...ini pun dah sesak nak sakit jantung...Betul kata kawan seangkatan aku kat office anak sendiri usaha la sendiri takyah dah nak susah kan orang lain yang dah pasti takkan pangkah aku ....huhuhu

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers