Followers

Monday 27 April 2009

Selangor vs Kelantan








Salam semua kepada pembaca blog exa...dah lama exa tak mengupdatekan blog nih...bukan malas kebzyan melanda..dua minggu lepas exa banyak keje nak di settlekan..so hari ni ada kelapangan sedikit.. ha kawan kawan semua exa nak cerita ,sabtu lepas exa pergi tengok perlawanan bola sepak antara Selangor vs Kelantan..untuk merebut piala FA...punyalah ramai umat manusia...huh fanatik betul penyokong penyokong bola sepak ni penuh satu stadium...

Perlawanan antara kedua dua pasukan malam tu hebat juga..sehingga tamat 90 minit perlawanan masing masing dapat mempertahankan pintu gol..sampai masa tambahan 30 minit di beri...masa ni kedua dua pasukan mula mengatur rentak...skuad wira merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan norfarhan mohammad pada minit 92.....pergh bergegar pintu gol selangor....nak sakit jantung dibuatnya..masa kelantan gol...masa tu yaallah tuhan saja yang tahu macam mana frustnya penyokong penyokong selangor....macam macam perkataan keluar dari mulut mereka..samalah dengan exa..sampai terkeluar doa makan la..konon kononnya ada keajaiban yang akan berlaku pastu...bagaimanapun pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan penyokong kelantan itu langsung lenyap lapan minit kemudian,apabila ketua pasukan selangor Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1 minit ke 100..... time nih penyokong selangor balas dendam la kat penyokong kelantan...punyalah gamat stadium dgn sorakan gumbira kami tak hingat dunia ...penyokong kelantan dah dok diam diam dah ....ketaq dah diaorang mana leh lawan gergasi merah nih.....tapi dah seri 1-1 kena lah buat sepakan penalti untuk memastikan sapa yang layak bawa balik pialaFA nih...sekali lagi jantung berderap derup..di buatnya.....sepakan penentuan penalti disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum,Nasriq Baharum,D.Surendran dan Safee Sali...manakala dua sepakan pemain kelantan,Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tersasar ...kami menang malam nih....huhuhuhu..bila indra putra sepak terkena palang ....gembira penyokong selangor..time ni dah naik atas kerusi....laungan pekik kesian dia kesian dia kesian dia ditujukan khas untuk indra putra dan zairul fitree...penyokong penyokong kelantan balik dengan perasaan kecewa...konon konon dia america....hahhahahaha
Selangor melebarkan rekod kejaguhan dalam persaingan bolasepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang piala FA buat kali ke 5 dengan menewaskan kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil....Punyalah aku bangga jadi anak jati selangor......huhk

1 comment:

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers