Followers

Tuesday 27 October 2009

Demam Sawan

Assalamualaikum buat semua pembaca yang mengikuti blog exa nih..mudah mudahan semuanya ceria seperti biasa..mungkin belum terlambat lagi untuk exa berkongsi cerita dan pengalaman exa bersama u all semua.2 minggu lepas anak exa mikayla telah di serang demam sawan dan telah menyebabkan beliau terkena jangkitan pada paru-paru...mesti ada di antara u all semua ada yang tau dan ada yang biasa dengar tapi tak tau..betul tak...apa dia demam sawan ni...? macam mana ia boleh berlaku? ok meh exa terangkan...ini pun nasihat dari Dr Ellyza masa exa jaga mikayla kat hospital.

Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan.Seseorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri,matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah olah menggigil.Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai `Tarik'. Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya.

Punca sawan dikalangan kanak-kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas. Adalah dianggarkan yang sekurang-kurangnya satu peratus dari kanak-kanak mengalami demam sawan.Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak-kanak masuk wad.

Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun.Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu.Sawan yang berlaku dikalangan bayi-bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca -punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.Demam sawan biasanya belaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya.Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dan punca punca metabolik seperti keurangan glukos atau kalsium..

Biasanya bayi-bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya.Tetapi ada juga bayi bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali-kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak di beri ubat ubat yang boleh mencegah sawan.

Punca Demam Sawan

kebanyakan demam sawan yang berlaku adalah di sebabkan oleh demam virus dan tanda-tanda yang didapati termasuklah selsema,batuk dan kurang minat menyusu.Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi-bayi atau kanak-kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru-paru (pneumonia)
Untuk mengelakkan sawan,suhu badan bayi -bayi dan kanak-kanak hendaklah diturunkan.Lazimnya seseorang bayi atau kanak kanak yang demam tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang boleh.Baju yang dipakai mestilah nipis .Baju yang agak tebal akan menaikkan lagi suhu badan .Ubat -ubatn untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah di beri sementara mendapat penilaian dari doktor doktor.

Langkah langkah yang perlu di ambil apabila bayi demam sawan.

Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas bebeapa minit. ibu bapa di nasihatkan untuk membaringkan bayi di sebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk kedalam paru paru lalu membawa kepada penyakit` pneumonia'. Tuala yang di rendam dengan air suam boleh lah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah di telanjangkan. Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa ke klinik yang berdekatan supaya sawannya di berhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehye yang akan diberi oleh doktor.

Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas.Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak-kanak.Sekumpulan kanak- kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi untuk sawan itu berulang,Doktor akan menyaran kan supaya ubat tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya. ok lah exa stop kat sini semoga penerangan ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan kawan semua sekiranya berlaku pada anak atau ahli keluarga dan teman teman, anda tahu bagaimana cara untuk merawatnya..


Tuesday 20 October 2009

Kebaikan minyak Ikan Kod


Minyak ikan, DHA, EPA dan Omega-3

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :

  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :

  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.

Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

Komen

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

Penyakit Pneumokokal (PnD)




PnD menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus (S.) pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

Patogen bakteria ini, yang menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, ialah punca penyakit dan kematian utama di seluruh dunia.

Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki' saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Penyakit yang serius dan invasif dinamakan penyakit pneumokokal invasif (IPD) di mana bakteria boleh diasing daripada darah, csf, cecair pleural atau bahagian lain yang biasanya steril.

IPD termasuk bakteremia (jangkitan bakteria darah), meningitis (jangkitan bakteria membran korda spina dan otak), dan pneumonia bakteremia.

Penyebaran pneumokokus dari nasofarinks ke saluran pernafasan atas dan bawah menyebabkan penyakti pneumokokal invasif, termasuk pneumonia bukan bakteremia (radang paru-paru), otitis media akut (radang telinga tengah) dan sinusitis (jangkitan sinus).

Jika tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan bertutur, palsi serebrum, kecacatan mental dan kadangkala kematian.

Beberapa faktor meningkatkan risiko kanak-kanak mengalami jangkitan pneumokokus. Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi, kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah.

Daya tahan yang lebih lemah disebabkan masalah seperti kekurangan imun kongenital atau HIV juga mengurangkan risiko jangkitan.

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaraan pusat jagaan tersebut.

Sejak 30 tahun lepas, terdapat pertambahan dari segi strain S.pneumoniae yang mempunyai daya tahan terhadap penisilin dan antibiotik lain.

Penularan strain pneumokokus yang tahan antobiotik terus meningkat di seluruh dunia. Akibatnya peranan yang dimainkan oleh vaksin untuk mencegah penyakit kini semakin penting.

Labels:

Sunday 11 October 2009

saat yang mencemaskan

malam tadi tepat pukul 12.30 malam anak ku mikayla di serang demam panas ...kesian melihat keadaan dia menggigil kesejukan...tiba tiba aku terperanjat bila matanya menarik ke atas..tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku...aku menjerit memanggil suamiku...aku terus mendukung anak ku kayla ke dalam bilik air,aku mula menyiram air dari kaki naik terus ke anggota badan hingga ke kepala..kayla hanya diam tidak bersuara..matanya masih lagi keatas ..aku dah tak tau nak buat apa..airmata mula menitis berjujuran di pipiku..aku bingung ..ya allah selamat kan lah anak ku ..doa dari hati kecil ku..suami ku tidak putus putus memanggil nama anak ku..kayla kayla..kayla...

kayla mula menangis..aku selimutkan badannya dengan towel basah..dan terus membawa nya kehospital... suami ku memangku kayla ..aku memandu dalam keadaan ketakutan dan risau..seluruh anggota badan ku menggigil...ya allah selamatkan lah anakku....astagfirullah al azim astagfirullah al azim astagfirullah al azim...aku memecut laju..tiba di wad kecemasan..kayla diberi bantuan pernafasan...suhu badannya terlalu tinggi ketika itu...nurse dan dr mengelap badan kayla dgn towel basah...keadaan kayla terlalu lemah...

airmata aku tak berhenti mengalir...suami ku cuba menenangkan aku...dah ada respon dari kayla ..kayla menangis ...tangan dan kaki masih lagi sejuk...dr masukkan ubat di punggung kayla...alhamdullillah syukur semua nya selamat...kayla mula sedar..aku peluk kayla sampai dia tidur di pangkuan ku... kayla ditahan di wad buat sementara waktu untuk memastikan suhu badan kayla akan kembali normal...kerana dr risau dan bimbang takut suhu badan kayla akan naik lagi.

ya allah selamatkanlah anakku kayla sembuhkan lah demam nya ....semoga kayla aktif seperti biasa....

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers