Followers

Thursday 26 March 2009

Tuesday 24 March 2009

Kayla at Old Town White Coffee

ooh kayla nak makan mee yer.....tunggu mama order dulu...
Aku makan lum mee ipoh n white coffee mocha...hubby aku makan nasi lemak special. Boleh tahan sedap juga makan kat old town white coffee nih....


Tengok la aksi kayla ni macam tau baca orang sibuk nak order makanan apa yang sedap dia pun nak tgk sama....

Hari ahad hari tu aku n hubby bawa kayla breakfast kat oldtown white coffee... sajer je nak try breakfast kat situ... selalu hujung minggu makan kat kedai mamak je tapi hubby aku kata jemu makan roti canai..so aku pilih la old town white coffee..

Ayah n mama pegi london

Ayah n mama dah sampai London agaknya....kitaorang masih tak dapat hubungi ayah n mama lagi.. Tinggal la kitaorang adik beradik kat bangi.. diaorang pergi atas urusan kerja..lama juga la 2 minggu. Kesian kat qistina & aiman..adik adik aku tu tak pernah kena tinggal lama lama macam tu..tapi nak buat macam mana masing masing dah sekolah.. ayah cakap kalau ada rezeki insyaallah dia bawa anak anak dia semua pergi london.. wah seronoknya...Ayah n mama pesan suruh tengokkan adik adik masa diaorang takder...tina & aiman tinggal kat umah uncle aku..tak ler risau sangat..cuma tina la nangis sikit...aku pulak tak boleh tengok adik kesayangan aku tu menangis mula la air mata aku pun meleleh sekali...tapi hubby aku janji dgn tina nak bawa pegi jalan hujung minggu nih...bukan apa nakpujuk bagi dia jangan menangis lagi..aku harap harap mama dengan ayah bawa balik souvenir yang best 2 untuk kitaorang nanti....

Saturday 21 March 2009

Phd Kuat sangat

Aku pelik la kadang kadang dengan peel peel manusia nie......susah nak dimengertikan ...kenapalah hamba allah nie tak habis habis nak cari kesalahan orang lain...mungkin dia rasa dia cukup bagus...orang lain tak boleh lebih dari dia.Macammana lah hidup nak maju ..Phd kuat sangat..

tak boleh ke biarkan orang -orang di luar sana tu hidup bahagia, sukahati dialah nak buat apa ..aku rasa bukan mengganggu kaum keluarga orang lain pun ,yang penting itu hak dia ,

dia rasa bahagia...dia suka...yang orang lain duk menyebok hal dia tu buat apa... Hairankan zaman moden macam nie masih lagi ada manusia yang berfikiran `kuno'....ntah la

tak reti aar aku nak cakap
biaq pi la...tak kuasa nak layan...

Tuesday 17 March 2009

Cinta

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan `CINTA '. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan.Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti,mereka yang telah mencari dan mereka telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan airmata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menuggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri,biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingat lah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan , kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan,mendengar,melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti,merasakan dan bertahan.Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati,dibandingkan menangis tersedu-sedu.Air mata yang keluar dapat dihapus,tetapi air mata yang tersembunyi mengguris luka yang tidak pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia,kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika itu cinta tulus,meskipun kalah,kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.Sebaliknya apabila kita benar-benar mencintai seseorang,jangan lepaskan dia,jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu,itulah cinta sejati. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.

Monday 16 March 2009

Camelia Qistina Imaan


Hadiah untuk kayla

Cepat ...siapa habis minum dulu dia menang

Afif & Irfan....saper paling macho

Semangat Tina buka hadiah

Happy Birthday Camelia Qistina Imaan

Kek Tina,Aiman & Kayla

Selepas selesai majlis pelancaran restoran dapur tok mok ...we all celebrate birthday adik &anak kesayangan exa...Camelia Qistina Imaan..Amirul Aiman Nazreen & Mikayla Sofea.Walaupun Birthday Aiman & Kayla dah lepas....tapi nekma nak celebrate juga...

Dah menjadi kebiasaan keluarga kami akan menyambut birthday sepupu atau anak saudara yang kecil..seronok tengok aksi anak-anak ni...tambahan lagi kalau di beri hadiah...


Walaupun birthday anak exa dah lepas...tapi kayla masih dapat hadiah lagi...dari pada nenek dan auntie kesayangan...muah muah muah.
terima kasih daun keladi tahun depan bagi kayla hadiah lagi....hehehe.

Majlis pelancaran dan pembukaan restoran ` Dapur Tok Mok'


Exa ,kayla & Along
Ini la nenek kesayangan exa ` Tok mok'

Along,Anjang Rehan,Mak Long &Ucu Atie

Anak & Menantu `Tok Mok'

Tok Mok dengan 2 anak kesayangannya

14 March 2009, jam 1200pm-1800pm adalah hari pelancaran dan pembukaan restoran kami.Hari menjemput rakan rakan dan saudara terdekat untuk menikmati juadah `Food Testing'. Kedai kami di kompleks dimond warta berhadapan dengan pejabat buruh. waktu perniagaan dari jam
7.00 am- hingga 6.00pm , setiap hari isnin - sabtu.

Kenapa kami memilih nama `Dapur Tok Mok'....Tok Mok adalah nama manja nenek kami..nama sebenar beliau Saliah bt Jaafar dan lebih dikenali oleh kaum keluarga terdekat dengan gelaran Datin Sally....

Anak cucu cicit tok mok suka makan masakan tok mok `ada 1001 rahsia'yang paling disukai Asam Pedas...sedap sekali cuba pasti nak lagi..
kepada rakan rakan yang ingin mencuba sudi sudikanlah singgah di restoran `Dapur Tok Mok'.

Friday 13 March 2009

Award dari kak syifa


Thank You Kak syifa buat award untuk exa... I sayang u lebih la...muah muah muah..hehehe
Award dari seorang teman

Thursday 12 March 2009

Exa & Kak Syifa

Jawapan Tag Untuk Puteri


Nasib Baik ada gambar ni puteri... exa tak tau nak jawab tag puteri... gambar exa & kayla ni ambik kat new york ....wawawaw.. tak la..ni gambar masa exa bawa kayla datang mfi..

Friday 6 March 2009

Kekasih Hati berwajah baru





Lama aku berpisah dengan kekasih hati aku ni..dekat 3 minggu. Rindu giler.Malam tadi aku ambik kat bengkel,kekasih hati ku berwajah baru.Hensem tak kawan kawan.

Koyak juga la poket aku bulan nie berabis kat kekasih hati aku ni hampir $00000.00. Tapi sayang punya pasal tak kesah la. Insyaallah kalau ada rezeki tukar sit pulak..

Thursday 5 March 2009

Naluri meminta ku ungkap kata...


Ku menyaksikan dedaun kekeringan
gugur ke bumi gersang tiada penghuni
tiada mentari
awan kesuraman
bagaikan waktu yang terhenti

ku menyaksikan seraut wajah cinta
yang kehampaan tiada lagi bermaya
kini kehilangan sebuah harapan
bagaikan cinta yang terkubur

adakah mungkin
untuk ku menghindari gurisan kasih
luka dihati
jiwa ku resah apakah kesudahan
kecewa ataupun bahagia

suka atau pun tidak
aku terus memendam rasa
ingin sekali aku pergi
bawa diri tapi kemana arah

rasanya sudah tak kuasa lagi
persoalan inilah yang silih berganti
hidup bersama bayangan saja
oh indah hanyalah khabar
bukan yang sebenar

bisakah yang benci disayangi
bisakah hatiku difahami
walau ku himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbu
bila senduku berlinang sayu
dalam rindu ku tertanya

Oh Tuhan kau berikan
aku segala kekuatan
meneruskan perjalanan....

Sunday 1 March 2009

One Day shopping at Ariani

Buat kawan kawan yang minat dengan koleksi tudung ariani ada berita gembira...Butik Ariani buat promotion dari 28 Feb 09 - 10 april 09. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi terbaru selendang ,tudung tiara ,terbaru tudung dato'siti nurhaliza. Tak lama lagi Butik Ariani ni nak beroperasi di seksyen 9 bandar baru bangi... pasni tak der masalah lagi ...nak pergi butik ariani.
adik ni tengah tunggu mak dia shopping
jumpa wardina kat ariani

corak bunga

Mana satu nak pilih ni semuanya cantik

Warna terbaru koleksi ariani





Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers