Followers

Wednesday 26 August 2009

Bila Ayah dah ke dapur !!!!

Hai semua....macam mana puasa ke tak hari nih...harap kawan kawan semua masih lagi berpuasa la..al-maklum lah orang perempuan ni kan special sikit....hehehe(faham faham sendiri lah ye). n3 hari ni ... `BILA AYAH DAH KE DAPUR' ini bukan cobaan tau betul betul kejadian.. ha exa nak cerita pasal ayah exa...

Macam ni bunyi ceritanya..nak dengar duduk duduk...dah menjadi kebiasaan setiap tahun anak anak mesti berbuka puasa di rumah ayah...sejak kami adik beradik dah berumahtangga ni lah arahan itu di keluarkan oleh ayah...jadi anak anak menantu ayah kena akur la dgn perintah ayah tu. Massage telefon berbunyi... dari ayah ..along,angah tolong datang umah ayah i will cook for u all today..bila dah dapat message macam ni tak boleh la bagi alasan tak boleh datang ...so lepas office hours exa ambik kayla kat taska dan terus ke rumah ayah...

Sampai rumah ayah tukar uniform dulu ..pastu baru la menyebokkan diri kat dapur tolong apa apa yang patut..dari kecik sampai besar tugas exa yang ayah selalu bagi kupas bawang basuh pinggan mesin cili..itula tugas utama yang tak dapat nak di elakkan..tapi bila dah besar panjang rasa bertuah kerana tak rugi duduk dapur dengan ayah...dapat juga curi ilmu masakan ayah..
Semalam ayah masakkan kami daging rusa masak blackpaper kari udang galah n cendawan campur tauhu jepun...nyum nyum nyum sedap tau... meh exa bg tengok gambar masakan ayah exa tu confirm sape tengok gambar ni lapar huhuhuh

inilah ayah kesayangan exa


begini lah rupa aksi udang galah masak kari....sedap kan...ni baru udang nak tengok daging rusa masak black paper....tapi gambar ni blur sikit lah...sebab time ambik gambar ni dah azan maghrib.....tak sabar nak makan....
huh tergugat iman korang kan....beginilah rupa masakan ayah exa untuk santapan isteri dan anak anaknya untuk berbuka petang semalam... ayah exa bukannya chef tau...ayah exa memang suka masak dan dia akan rasa puas bila masakan yang dimasak habis dimakan oleh isteri,anak n cucu..

Itulah kan bila orang lelaki dah duduk dapur masakan dia lagi vas dari masakan orang perempuan...pasni kawan kawan semua suruh la suami,bakal suami ,abang,adik kawan kawan semua belajar masak...mesti seronok...selalu sangat makan air tangan orang perempuan sesekali makan airtangan orang lelaki apasalahnya kan..sedap.

oklah exa stop kat sini dulu...tunggulah n3 seterusnya....bye ...

Friday 21 August 2009

Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada mmalam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Thursday 20 August 2009

Wadi Unung




Fatihah, d only 'kampung' girl/student chosen; to further her studies abroad (PERTH) by govt scholarship; couldn't adjust herself when she was away. Feeling depressed; missing her best friend; Azrin(whom she share most of her 'life' with) at a childhood toyhouse called 'Wadi Unung'! Her life begun wen she found 'a friend' who is also someone she fell 'in love' with... Fatihah fights for her LOVE with d help of her best friend & their strength's of FRIENDSHIP! But would she got thru it ALL?
Saksikan Upin & Ipin episod terbaru bermula 24 Ogos 2009 ini pada pukul 5.30pm setiap hari di TV9. Episod baru yang masih belum ditayangkan lagi ini juga secara eksklusifnya boleh ditonton secara tayangan ulangan di laman web BlueHyppo. Untuk musim terbaru ini, peminat bukan sahaja akan disajikan dengan kisah yang lebih lucu serta mencuit hati tetapi juga berpeluang memenangi hadiah menerusi Kuiz Soal Jawab Upin & Ipin yang dibawa oleh TM. Nantikan maklumat lanjut mengenai kuiz ini di laman web Upin & Ipin serta laman web BlueHyppo.

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa kuberada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalau membelenggu diri tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi
Segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...dengan Rahmat Mu oh Tuhanku....
ku tempuh jua...

Thursday 13 August 2009

Mengatasi sakit kepala

Ada beberapa tips bagi mengatasi dan juga mengurangkan sakit migrain ini.

Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut diikuti dengan muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak terdedah kepada maut. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

  • Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

  • Pengambilan Ubat-Ubatan

Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi makanan mengandungi 'monosodium glumate atau MSG,' kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.

  • Penyakit Metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.

Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh meambahkan lagi sakit kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.

Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.


Wednesday 12 August 2009

AKHIRNYA.....

Salam kepada semua yang mengikuti blog aku ini...setelah sekian lama hari ni baru la aku terfikir untuk mengaktifkan semula blog aku nih. Dah penuh sawang...rupanya hehehe dah lama tak ku updatekan cerita cerita baru ..aku bukan malas ke apa tapi ada la sebab sebab tertentu yang tidak boleh aku kongsi kepada semua....ssshhhh biarlah ia menjadi rahsia aku..

Diam tak diam sedar tak sedar minggu depan semua umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan ramadhan almubarak....ha sesape yang belum habis lagi ganti puasa tu..cepat cepat ganti masih sempat lagi....huhuhu

Hari ni aku cukup puas hati kerana aku telah selamat lari dari mereka meraka yang aku geruni...wah bunyi macam takut je kan... tapi itula tuhan punya kuasa kan...alhamdulillah syukur..yang pasti aku bebas untuk buat apa yang aku suka lepas nih.. dan aku bahagia disamping suami anak dan keluarga aku.....itu lah manusia kan memang susah untuk di mengertikan..depan nampak je baik tapi hati dia kita tak tahu... kadang kadang aku jadi fobia bila memikirkan kisah kisah yang lepas tu.....


Ok aku stop takat tu jer aku memang tak nak ingat dah...aku nak mulakan hari hari baru dalam hidup aku.. thanks to my beloved friends syeffa..selalu menjadi teman dikala aku suka dan duka..
semoga persahabatan kita akan kekal buat selama lamanya...ameen..

Buat semua blogers exa ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan...dan dapat mempebanyakkan amalan mudah mudahan kita semua dilindungi dan dikasihi oleh allah s.w.t...
insyallah...

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers