Followers

Wednesday, 27 June 2012

Bertakhta Di Hati ........



Bismillah

Salam dan selamat sejahtera pada semua pembaca yang setia  mengikuti perjalanan blog saya nie dan nak hampir lupus blog ni ,di sebabkan kebizian ,bercampur kemalasan  melanda. Apa-apa pun malam nie buat saya terajin setelah berjalan jalan di blog teman teman yang lain ,mula lah jari jemari ni terasa ingin menghidupkan kembali suasana blog saya yang telah sekian lama sepi.

Nie semua gara-gara muka buku & burung biru ,maklum lah kekawan semua memasing pakai hp canggih manggih, ada BlackBerry ,ada Samsung Note, ada xperia ,nak mengupdate blog ni panjang karangan nak di taip ,kalau di muka buku n burung biru 5 minit pun dah boleh siap update....

huhuhuhuh dah mengarut yang bukan bukan...tajuk utama cerita adalah seperti gambar rajah di atas,mengenai perihal mereka..

Meraka lah buah hati pengarang jantung saya yang menemani,mewarnai dan menceriakan hidup dan hari- hari saya . Especially pada En.Hubby yang banyak membantu saya dalam menguruskan anak-anak n rumah bila saya keluar bekerja pada hari minggu. 

For My lovely daughter  Mikayla Sofea.... I love u so much,walaupun kakak masih kecik tapi kakak banyak tolong mama.Kakak rajin jaga adik ,main dengan adik ,n suap adik makan. Mama doakan kakak menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran di dunia dan diakhirat.

My handsome boy Rayyan Yusuff ,mama sayang adik sama macam mama sayang abah n kakak,adik jangan nakal -nakal n selalu buli kakak tau ...heheheh .Mama doakan anak- anak mama menjadi insan berguna sayang menyayangi antara satu sama lain sampai anak- anak mama besar.
Mama akui kadang- kadang mama sibuk dengan kerja -kerja mama hujung minggu sampai tak sempat nak main2 dengan adik n kakak, Tapi tak bermakna mama tak sayang ada masa terluang mama bawa adik ,kakak n abah jalan2 main game ( seperti gambar diatas) 

Apa-apa pun akhir kata coretan ,mama ucapkan jutaan terima kasih kepada My Hubby ,Kayla & Ryan yang faham dengan kesibukan mama. walaupun anak2 mama masih kecil tapi pandai bagi kerjasama dengan abah .Kamu semua sentiasa bertakhta di hati mama .

I LOVE U SO MUCH .......mmmuuuuaaaahhhhhh

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers