Followers

Wednesday 17 June 2009

Percutian yang menyeronokkan part 3

Kalau dengar padang kota lama..tentu kawan kawan dah tau kan,dah tentu la kat sini tempat makan yang paling best kat peneng nih...macam-macam ada..apa saja yang kawan kawan semua nak makan ada kat sini.Itu la specialnya peneng nih...

Berbalik pada cerita exa tadi yer, setelah penat berjalan kat taman rama-rama & muzium toys tadi perut masing masing dah keroncong gile.Dah la berpusing pusing nak cari padang kota nih.Maklumlah pelancong la katakan..hehe akhirnya sampai juga. Exa dah lama mengidam nak makan laksa peneng dgn sotong kangkung akhirnya dapat juga makan...(Mengidam bukan ada isi tau jangan salah faham yerk) maksud exa nak makan laksa ori betul dari peneng nih..kalau kat kl bukan orang peneng yang buat...lain rasanya tak sama tau..


ini lah antara makanan yang kita orang makan kat padang kota..puas rasanya..memang sedap betul..susah nak dapat kat kl nih..Bila terpandang balik gambar gambar ni perut terus jadi lapar.Harga pun berpatutan ..cuba tengok udang besar besarkan... masing masing tak bagi peluang betul betul menikmati makanan..tu yang tak de gambar tu..gambar makanan je yang ada...

Lepas dah selesai makan kitaorang meneruskan destinasi seterusnya..melawat rumah kelahiran allahyarham Tan Sri P.ramlee..tapi nak dijadikan cerita..masa dalam perjalanan ke rumah p.ramlee bapa mertua dengan adik ipar sudah salah jalan da..Lama juga exa n hubby tunggu kat tepi jalan..tapi tak juga muncul muncul akhirnya diaorang buat keputusan untuk balik ke hotel je.Akhirnya exa hubby n kayla je yang melawat rumah kelahiran P.ramlee
Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab Bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948.
rumah p.ramlee dari arah tepi
rumah p.ramlee dari arah depan


sebenarnya kawan kawan kat rumah p.ramlee nih tak boleh ambik gambar..tapi exa sempat juga curi curi ambik gambar nih..ye la kan dah pegi takkan tak nak simpan untuk jadikan kenangan..ok jom tengok apa ada kat dalam umah nih...sebelum tu exa nak tunjuk rumah asal p.ramlee ni yang sebenar...gambar diatas ni telah dibaikpulihkan semula oleh arkib negara malaysia


Beginilah rupa asal rumah p.ramlee sebelum di ubahsuai


Rumah p.ramlee lepas dah dibaik pulihkan memang cantik...rasa kalau exa banyak duit, nak buat rumah kayu macam umah p.ramlee ni kat kampung..umah dia ada serambi..boleh la lepak lepak,sembang sembang minum kopi petang petang..kalau umah sekarang depan je dah jalan besar.....ha meh exa tunjuk bawah umah dia ada apa
kata penjaga rumah ini,p.ramlee gunakan perahu inilah untuk berulang alik dari rumah ibu bapa dia ke rumah nenek dia nih...( untuk pengetahuan kawan2 semua rumah dalam gambar ni rumah nenek dia. lepas habis pantang 44 hari p.ramlee di bawa balik kerumah ibu bapa dia)

Bahagian dalam rumah mempamerkan aspek-aspek kehidupan P.Ramlee semasa zaman remaja di mana diruangan menempatkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan juga sukan. Di samping itu, ia juga mempamerkan katil besi, peti besi menyimpan pakaian dan koleksi pakaian P.Ramlee.

alangkah seronoknya kalau dapat merasa masak pakai dapur kayu macam nih...pakai kayu api..periuk belanga..baru la trill orang kata.Sebab nak mula masak tu kena bersusah-susah dahulu.. So pada kawan kawan semua mungkin nak tau lebih lanjut kisah rumah kelahiran p.ramlee ni kan..exa cadangkan kalau ada cuti sekolah nanti boleh la datang melancong ke peneng,pastu singgah melawat rumah kelahiran p.ramlee ni.Sebenarnya banyak lagi gambar gambar menarik ..tapi nak wat macam mana ini pun exa ambik curi-curi..kalau boleh mesti exa dah share dengan kawan kawan semua.

Hari pun dah petang kayla pun dah kepenatan.sebelum balik sempat juga exa mandikan kayla kat rumah p.ramlee ni.sebab kesian kat kayla berpeluh-peluh,badan dah melekit lekit.budak budak mana boleh tahan panas,mula la nak mengamuk.lepas mandi exa n hubby balik la ke hotel.ini la serba sedikit kisah hari kedua kami yang konon nya nak pusing pusing kat peneng..tapi tak larat beb..ok layanzzz baca exa stop kat sini dulu.

Percutian yang menyeronokkan part 2

Aktiviti hari kedua di peneng, semua nya dah bangun awal pagi untuk bersiap siap,sebabnya hari nih kitaorang semua nak jalan pusing pusing kat peneng...so breakfast dulu takut lapar masa perjalanan nanti...Hubby aku ajak kami sekeluarga melawat taman rama-rama..walaupun pada awalnya aku tidak berapa setuju...tapi akhirnya aku akur je dengan kemahuan hubby aku..dah sampai katanya..takkan nak duduk kat luar jer.. adik-adik ipar aku pun excited nak masuk taman rama rama...jadi aku follow la ..jom kita tengok apa yang ada kat taman rama rama nih...


Kayla dengan atuk & opah

Exa & hubby
Ni la mak mertua exa...
Ini kura kura tau...tapi picture tak berapa clear

macam- macam lagi ada kat taman rama-rama ni sebenarnya tapi cukup cukupla tu kan takkan nak masukkan semua picture dalam nih...so kayla pun happy bila tengok rama-rama terbang terbang depan dia..biasala budak budak kan... yang penting taman rama-rama kat peneng ni lagi hebat dari kl punya...( ada sape sape tak pernah pegi taman rama-rama kat kl boleh la bawa anak-anak pergi melawat yer..) destinasi seterusnya..toys muzeum yang terbesar di dunia pernah sampai tak kawan kawan...kat tempat ni kan boleh tgk spiderman..mr bean..macam macam ada...moh layanzzz spiderman ada kat malaysia...hehehe
kayla leka tengok cartoon
Kayla & Batrisya
cukup-cukup la gambar ni pun dah banyak kan...kalau diikutkan hati nak letak semua....kang jemu pula kawan kawan nak tengok yer...lepas dah penat bergambar gambar sakan dengan patung patung nih kitaorang meneruskan destinasi ke padang kota lama....apa kitaorang buat kat sana...nak tau tunggu episod seterusnya....kita post cerita ni dulu yer....

Tuesday 16 June 2009

Percutian yang menyeronokkan...

Ha kan exa dah bagi tau exa nak ceritakan n3 hubby exa bawa g holiday sempena birthday exa...ingat tak kawan kawan, ker ada lagi yang belum baca n3 sebelum nih... tak kesah lah kalau belom baca sudi sudikan lah baca yerk..walaupun tak berapa seronok..

Destinasi yang dipilih oleh hubby exa ialah pulau pinang....kenapa pulau penang?....kenapa tidak pulau pangkor ke...pulau langkawi ker...pulau perhentian...ker..jawapanya sebab pulau pinang banyak makanan yang best best... hehehe..betul tak kalau tak caya pegi lah tanya orang orang pulau tu..ok sebelum terus mengarut kita sambung cite seterusnya... kitaorang tak la pergi satu family je..sebab nak balas jasa baik mak mertua exa yang dah jaga kayla masa exa pergi bersukan dulu exa bawalah adik beradik n mak mertua sekali pergi bercuti.. lagi pun adik adik tengah cuti sekolah..Hampir 5 jam perjalanan kitaorang sampai peneng dan lepak kat feringhi...selama 3 hari 2 malam...banyak syok oooo.. antara aktiviti yang kitaorang buat ....nak tau tak.... sabar sabar layanzz gambar gambar ni jap..
`Kayla dah penat ni mama bila nak sampai'

sabar yer kayla baru naik jambatan pulau penang nih'

Memang penat kawan kawan...yang paling kesian kayla kena duduk kat car seat dia...sebab tu la sampai hotel,lepas chek in letak barang barang kat bilik, kitaorang terus pilih nak swimming...penat juga la layan kayla...ajak mandi kat kolam kanak kanak dia taknak..bila tengok pakcik makcik dia mandi dalam kolam besar dia pun nak juga. waktu dah hampir senja..exa n adik adik naik hotel tuk rehat rehat..kayla pun dah kepenatan mandi kolam petang tadi...lepas semua dah selesai mandi dan solat mahgrib kitaorang keluar makan dekat dekat dengan hotel jerk ,sebabnya masing masing penat .

kayla dengan cik amy


seronok nya kayla dapat mandi kat kolam besar nih

lepas penat mandi kayla dah keletihan...

Tapi exa n adik adik mana reti duk diam diam pas je makan exa terus bisik kat adik ipar exa nak jalan jalan g bazaar kat feringhi walk ...first kena balik hotel tidurkan kayla dulu...pastu opah dia tak nak g jalan kayla tinggal la kat hotel...sekejap.
Exa n hubby tak lepaskan peluang la...rasa macam pengantin baru sekejap jalan kayla tak der..hehe berangan..tapi exa sempat juga belikan kasut kayla kat bazaar tu...sorry tak de gambar lak..macam macam ada kat bazaar nih...harga barang barang pun boleh tahan juga la...bazaar ni ala ala petaling street kat kl..adik adik ipar exa la shoping sakan...nak simpan untuk kenangan katanya...ok la exa rasa stop kat sini dulu banyak lagi cerita nak syer dgn ualls semua tapi waktu tak mengizinkan lah...ada keje yang menanti nih...tunggu cerita yang selanjutnya yer...ok bye semua...


Mana satu yang cantek nih...semua cantekkan
Adik ipar aku Azrie
Feringhi Walk
abang beca ni pun nak posing juga
cantek kapal kapal ni unik



Walaupun dah lepas tapi aku nak cerita juga


mama, along & chuqc


my baby `Kayla'

my hubby

exa & ayah

mama & qistina
Sehelai Selendang yang cantik
Hadiah dari butik ratu
Hadiah dari my hubby

salam buat pembaca blog dan pengikut ku yang setia...diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya...apa yang exa nak cerita kali nih...sebenarnya cite nih dah lama ..cuma exa je yang lama tak update blog ni...masalah broadband kat umah rosak la punca nya kemalasan melanda.....

ok n3 kali ni pasal birthday exa....dah tua sebenarnya ..malu nak cakap umur berapa...wawawa...pada 30 mei hari tu exa sambut ulang tahun kelahiran yg ke ...my hubby dah hadiah kan sesuatu yang istimewa untuk exa. Dah lama exa nak benda nih, akhirnya dapat juga..haaaa mesti korang tak sabar nak tau kan...tunggu sat exa upload gambar...jeng jeng..camera olympus...dapat dispaly kotak jerk..coz camera exa guna tangkap picture nih..boleh ke...bedal jelah kan..yang kedua...exa terima hadiah dari butik Ratu...bagus la butik Ratu sanggup bagi hadiah pada pelanggan. Marketing plan yang bagus..tapi terima kasih la pada pengarah urusan butik ratu nih...sebab ingat birthday exa.. dan pada kawan kawan yang telah hantar berpuluh-puluh msg wish bday tu...terima kasih la banyak banyak..exa sayang uall semua..

Tak lupa pada mama & ayah..yang dah blanja exa mkn malam kat san fransisco pizza..terima kasih banyak banyak...walaupun umur exa dah menginjak ke alam dewasa...(ceh berangan nak jadi remaja la konon)...tapi mama & ayah still ingat my bday...i love u so much mum & dad...tanpa mereka exa takkan ada kat dunia ni....walau besar mana hadiah yang exa dapat ia tak sama dengan kasih sayang yang mama & ayah curahkan pada angah. ok....ada lagi cerita seterusnya.....sempena birthday exa my hubby bawa exa g holiday....tapi tunggu n3 berikutnya lah..tak best pulak kalau terus menerus nak cerita dalam n3 nih.... ok layanzzz

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers