Followers

Monday 31 October 2011

Jangan Menipu Hanya Untuk Kepentingan Diri

Salam & Selamat Pagi
Apa yang nak aku kongsikan hari ini tidak lah menarik sangat untuk di kongsi. Tapi mungkin ini lah dia dikata kan realiti kehidupan zaman sekarang. Tajuk pun dah tak best kan, takpe kalau suka teruskan membaca..kalau tak suka tekan X yer :).

Menipu bukan saya tak pernah menipu semua orang dalam dunia ni menipu termasuk anda di luar sana.
Menipu ada banyak sebab kan, tapi jangan lah menipu semata mata untuk kepentingan diri sendiri dan sanggup menyusahkan orang lain. Kenapa harus mengatakan sesuatu yang tidak berlaku itu seperti sudah berlaku...`kau tak bercerai tapi kau cakap dengan orang kau dah bercerai'..kesian orang rumah dan anak anak kau..diaorang tak sakit kau cakap diaorang sakit..apa tujuan kau menipu aku ...semata-mata untuk kepentingan kau nak menanggung kekasih gelap mu itu... dan kau sanggup bersusah-susah untuk dia.

Masyaallah terlalu jauh kau terpesong,apa yang kau dapat dari perbuatan kau tu...lambat laun kau akan kehilangan orang orang yang tersayang, kawan-kawan dan saudara mara. fikir-fikirkanlah..hubungan yang tidak halal itu takkan bawa kau kemana mana. Mungkin belum terlambat untuk kau perbetulkan keadaan yang sebenar. 

Wahai Teman, hidup ini umpama bunga sakura. Tidakkah kau sedar  bahawa hidupmu laksana bunga sakura,yang hanya tumbuh pada musim semi yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,namun ingin aku bertanya pada dirimu  tidakkah kau ambil pelajaran darinya ,dari kemekaran bunga sakura menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya ,bagaimana pula dengan kita.

Tidakkah kau memikirkan sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi ada tanda -tanda peringatan untuk kita, laksana bunga sakura pada hidupnya agar kita mengambil pelajaran bahawa hidup ini ada waktunya,waktu yang di tentukan oleh Yang Maha Kuasa ,mekarkanlah waktu mu itu semekar-mekarnya agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Semoga kita berjumpa di lain waktu ......wassalam

Monday 24 October 2011

Lupa Pasword .. :)

Salam & selamat sejahtera ...

Hooorayyyy akhirnya berjaya buka semula blog ni.... belum tua lagi aku dah dapat penyakit lupa.
hmmm banyak sangat email la ni tu yang jadi lupa pasword.
Dah lama sungguh tak update..pada awalnya cuba buka blog ni tak boleh macam2 pasword salah la ..sampai buntu di buatnya.

lepas ni boleh la berbloging semula.... kesimpulan dari cerita jangan lah terlalu banyak create email sampai lupa pasword n menyusahkan diri sendiri nak memikirkan soalan -jawapan sebelum create email.

Cukup untuk hari ini esok esok kita jumpa lagi ...tada .. :)

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers