Followers

Sunday 22 November 2009

Aktiviti hujung minggu part 1


semalam satu hari hujan..seperti biasa hari sabtu aku akan menunggu kedatangan customer yang dah booking appointment untuk buat facial...alhamdulillah sejak aku memulakan perniagaan membuka `kayla mini salon' alhamdulillah rezeki aku semakin baik..dan aku harap akan berterusan..seronok juga walaupun aku memulakan nya di rumah tapi aku mendapat sambutan yang baik sampai tak sempat nak melayan kerenah si kecil aku...mikayla...mujurlah hubby aku memahami dan sanggup menjaga kayla...

selesai melayan customer tak sedar hari dah petang...keletihan juga...tapi berbaloi baloi.....hubby aku ajak tgk game bola mcs vs takaful kat stadium sepang...memikirkan hubby aku sanggup melayan anak dan berkorban untuk aku...ku turuti juga kehendak nya menemani dia menonton perlawanan bola. sebelum pergi aku sempat menyiapkan hidangan makan malam untuk hubby aku n kayla..kesian diaorang lapar..maklum lah musim hujan ni selera makan tinggi...kejap kejap nak makan....nak keluar punya pasal masak pun simple je la tomyam sayur dan telur goreng...selesai makan dan solat maghrib baru la kitaorang keluar rumah...

Sampai stadium ana dah tunggu dengan anak dia irdina...semangat betul irdina nak main bola..tapi tak kesampaian..sebabnya dalam perjalanan kayla dah tidur..agaknya letih main tak cukup tidur..tu yang tertidur awal..siannya irdina.Budak budak Mcs dah ready nak main bola... beriya -iya masing masing semangat kesukanan yang tinggi..pasukan lawan pun tak kurang hebatnya,walaupun bermain dalam keadaan padang bola yang basah dan lecak...pihak lawan dah berjaya memboloskan gawang gol pasukan Mcs..huh hebat...bergegar lah gawang gol tu..hehehe mana taknya pihak lawan ni selalu main bola sepak. Waktu perlawanan 90 minit pun berakhir...keputusan perlawanan di menangi oleh pihak lawan dengn mata 4 - 0...malu je kan dah kalah pun nak cerita gak..tapi adatla perlawanan dalam permainan ada menang kalah ye tak..geng -geng Mcs ni ada juga membuat percubaan untuk memboloskan gawang gol pihak lawan...tapi tak berpihak pada mereka..tahniah dan syabas di ucapkan pada pasukan takaful..

lepas tamat game bola kat sepang...budak budak Msc dah keletihan masing masing nak balik berehat..Family aku n Family ana g sepang tengok Drag battle round ke 5...kebanyakan kereta yang beraksi malam tadi geng-geng honda eg,ek,satria,n wira...hebat keta keta diaorang nih laju giler...time ni kayla dah bangun nasib baik la dia tak melalak..seronok dia tengok kereta tu racing. Mat -mat kereta yang minat dalam sukan pemotoran nih ramai la yang datang menyaksikan perlawanan ni...huh teruja....lepak kat sepang sampai kul 1 pg..pastu kitaorang balik...sampai rumah nak dekat pukul 2 pagi...ok exa rasa stop kat sini cerita ni ada sambunganya tau nantikan sambungan nya..... selepas ini...

1 comment:

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers