Followers

Wednesday, 17 June 2009

Percutian yang menyeronokkan part 3

Kalau dengar padang kota lama..tentu kawan kawan dah tau kan,dah tentu la kat sini tempat makan yang paling best kat peneng nih...macam-macam ada..apa saja yang kawan kawan semua nak makan ada kat sini.Itu la specialnya peneng nih...

Berbalik pada cerita exa tadi yer, setelah penat berjalan kat taman rama-rama & muzium toys tadi perut masing masing dah keroncong gile.Dah la berpusing pusing nak cari padang kota nih.Maklumlah pelancong la katakan..hehe akhirnya sampai juga. Exa dah lama mengidam nak makan laksa peneng dgn sotong kangkung akhirnya dapat juga makan...(Mengidam bukan ada isi tau jangan salah faham yerk) maksud exa nak makan laksa ori betul dari peneng nih..kalau kat kl bukan orang peneng yang buat...lain rasanya tak sama tau..


ini lah antara makanan yang kita orang makan kat padang kota..puas rasanya..memang sedap betul..susah nak dapat kat kl nih..Bila terpandang balik gambar gambar ni perut terus jadi lapar.Harga pun berpatutan ..cuba tengok udang besar besarkan... masing masing tak bagi peluang betul betul menikmati makanan..tu yang tak de gambar tu..gambar makanan je yang ada...

Lepas dah selesai makan kitaorang meneruskan destinasi seterusnya..melawat rumah kelahiran allahyarham Tan Sri P.ramlee..tapi nak dijadikan cerita..masa dalam perjalanan ke rumah p.ramlee bapa mertua dengan adik ipar sudah salah jalan da..Lama juga exa n hubby tunggu kat tepi jalan..tapi tak juga muncul muncul akhirnya diaorang buat keputusan untuk balik ke hotel je.Akhirnya exa hubby n kayla je yang melawat rumah kelahiran P.ramlee
Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab Bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948.
rumah p.ramlee dari arah tepi
rumah p.ramlee dari arah depan


sebenarnya kawan kawan kat rumah p.ramlee nih tak boleh ambik gambar..tapi exa sempat juga curi curi ambik gambar nih..ye la kan dah pegi takkan tak nak simpan untuk jadikan kenangan..ok jom tengok apa ada kat dalam umah nih...sebelum tu exa nak tunjuk rumah asal p.ramlee ni yang sebenar...gambar diatas ni telah dibaikpulihkan semula oleh arkib negara malaysia


Beginilah rupa asal rumah p.ramlee sebelum di ubahsuai


Rumah p.ramlee lepas dah dibaik pulihkan memang cantik...rasa kalau exa banyak duit, nak buat rumah kayu macam umah p.ramlee ni kat kampung..umah dia ada serambi..boleh la lepak lepak,sembang sembang minum kopi petang petang..kalau umah sekarang depan je dah jalan besar.....ha meh exa tunjuk bawah umah dia ada apa
kata penjaga rumah ini,p.ramlee gunakan perahu inilah untuk berulang alik dari rumah ibu bapa dia ke rumah nenek dia nih...( untuk pengetahuan kawan2 semua rumah dalam gambar ni rumah nenek dia. lepas habis pantang 44 hari p.ramlee di bawa balik kerumah ibu bapa dia)

Bahagian dalam rumah mempamerkan aspek-aspek kehidupan P.Ramlee semasa zaman remaja di mana diruangan menempatkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan juga sukan. Di samping itu, ia juga mempamerkan katil besi, peti besi menyimpan pakaian dan koleksi pakaian P.Ramlee.

alangkah seronoknya kalau dapat merasa masak pakai dapur kayu macam nih...pakai kayu api..periuk belanga..baru la trill orang kata.Sebab nak mula masak tu kena bersusah-susah dahulu.. So pada kawan kawan semua mungkin nak tau lebih lanjut kisah rumah kelahiran p.ramlee ni kan..exa cadangkan kalau ada cuti sekolah nanti boleh la datang melancong ke peneng,pastu singgah melawat rumah kelahiran p.ramlee ni.Sebenarnya banyak lagi gambar gambar menarik ..tapi nak wat macam mana ini pun exa ambik curi-curi..kalau boleh mesti exa dah share dengan kawan kawan semua.

Hari pun dah petang kayla pun dah kepenatan.sebelum balik sempat juga exa mandikan kayla kat rumah p.ramlee ni.sebab kesian kat kayla berpeluh-peluh,badan dah melekit lekit.budak budak mana boleh tahan panas,mula la nak mengamuk.lepas mandi exa n hubby balik la ke hotel.ini la serba sedikit kisah hari kedua kami yang konon nya nak pusing pusing kat peneng..tapi tak larat beb..ok layanzzz baca exa stop kat sini dulu.

4 comments:

  1. wah!! cuti² mesia nampak.. bile nk tuwun bersukan lak nie?? (^_^)

    ReplyDelete
  2. hari nih saya turun yer kak myra...semangat nak sukan nih...

    ReplyDelete
  3. Gua nak jemput lu dtg makan kenduri kat blog gua..Folo baca doa skali pun takpa..

    ReplyDelete
  4. hi nice blog u have here

    i would like to invite u to view my sales blog:)

    we have cottons from all over the place, mainly from dubai, kebaya and kurung fabrics from indonesia, and much more to choose!

    be our follower and u can enjoy more with us:)

    see u there:

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers