Followers

Sunday, 1 February 2009

My baby Mikayla Sofea

Koleksi gambar kayla dari 1 bulan hingga 11 bulan.sedar tak sedar kayla dah nak masuk 1 tahun.Sekejap je masa berlalu.Mama rasa tak puas jaga kayla masa baby.Mama sayang sangat dekat kayla..bila kayla dah besar nanti boleh la kayla tengok blog mama ni... kalau tahun lepas waktu ni mama dah di tahan kat hospital...nak lahir kan kayla..kayla pun dah tak sabar nak keluar... Mama masih ingat lagi pengalaman mengandung kan kayla,Tuhan saja yang tahu macam mana lasaknya anak mama masa tu..
Tanggal 2 Februari 2008 ,mama dah rasa sakit sangat nak lahir kan kayla. Pukul 9.00 pagi mama di bawa masuk ke bilik bersalin...satu jam dah berlalu kayla belum lahir lagi ..mama cuba lagi menahan sakit tapi kayla belum boleh keluar lagi....hari pun dah petang..papa pun dah semakin gelisah tengok keadaan mama..tiba tiba kayla diam tak bergerak gerak...masa tu mama dan papa hanya berserah kepada tuhan harap kayla dapat di selamatkan..tepat pukul 6.00 ptg Dr bagi tau mama tak boleh lahirkan kayla dalam keadaan normal memandang kayla dah lemah dalam perut mama,Mama ditolak masuk dalam bilik pembedahan ditemani papa.. 6.55 petang kayla selamat dilahirkan ....secara pembedahan syukur alhamdulillah kayla sihat dan berada dalam keadaan sempurna.


3 comments:

  1. happy birthday Mikayla Sofea, itu la pengorbanan seorang ibu, adik kayla bila lagi he he he, semoga jadi anak yang soleha amin...

    ReplyDelete
  2. happy birthday sofea........

    ReplyDelete
  3. terima kasih danishahumaira &ibu ani....

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers