Followers

Thursday, 26 February 2009

Kesian Anak mama


Malam tadi, masa aku nak tukar baju tidur kayla aku nampak ada luka di bahu kayla.punyalah aku terperanjat dan hairan apa benda ni apa dah jadi pada anak aku. Aku terus call nana budak tasaka yang jaga kayla tu . Aku tanya kat dia apa dah jadi dengan bahu kayla ni.. boleh dia jawab tak tau,dia kata kayla datang pagi pagi dah ada.
Aku hairan dan pelik dengan jawapan dia bagi kat aku padahal pagi tu aku yang mandikan kayla sebelum hantar pegi taska,luka tu tak ada pun.

Aku terus siapkan kayla pergi klinik...sampai klinik dr cakap luka ni macam melecur..tapi tak pasti samada kena air panas atau gigitan serangga.. sebab kulit kayla nampak melepuh..Kesian kayla aku tak dapat bayangkan kalau betul la kayla kena air panas..macam mana la keadaan dia masa dia kena tu..Ya allah tuhan je la yang tau perasaan aku .

Hati aku dah tak senang bila keadaan dah jadi macam ni..aku call along minta dia cek taska tu berdaftar atau tidak..Kalau taska ni tak berdaftar aku akan keluarkan kayla dari taska tu..sebelum perkara buruk lain yang jadi...bingung aku di buatnya ambik orang gaji buat perangai pulak ikut jantan...letak rumah orang kang lain pulak halnya ..asyik nak cuti...je.. apa aku nak buat nih...

2 comments:

  1. nampak mcm gigitan serangga....sebab bentuk membulat. kalau kena air panas x kan bulat cantik cam tu...sian die...

    ReplyDelete
  2. ..mmm.. klu kene air panas x mcm tu sbb amira penah kene air panas kt taska tahun lepas. tp seb baek cikgu2 tu ngaku & guru besar dia siap call lg. frust sgt ms tu. seb baek x tinggalkn kesan, klu tgk pd mula dia kene tu mmg teruk la. x sampai ati tengok kesan melecur kt tgn dia tu. camner pun kene check gk kesan ape tu, takut melarat nanti. cian baby.. :(

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers