Followers
Friday, 21 August 2009
Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih.
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada mmalam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.
Thursday, 20 August 2009
Wadi Unung



Fatihah, d only 'kampung' girl/student chosen; to further her studies abroad (PERTH) by govt scholarship; couldn't adjust herself when she was away. Feeling depressed; missing her best friend; Azrin(whom she share most of her 'life' with) at a childhood toyhouse called 'Wadi Unung'! Her life begun wen she found 'a friend' who is also someone she fell 'in love' with... Fatihah fights for her LOVE with d help of her best friend & their strength's of FRIENDSHIP! But would she got thru it ALL?


HARAPAN RAMADHAN
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa kuberada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalau membelenggu diri tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi
Segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...dengan Rahmat Mu oh Tuhanku....
ku tempuh jua...
Thursday, 13 August 2009
Mengatasi sakit kepala
Ada beberapa tips bagi mengatasi dan juga mengurangkan sakit migrain ini. Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut diikuti dengan muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak terdedah kepada maut. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :
Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi makanan mengandungi 'monosodium glumate atau MSG,' kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala. Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk malah dipercayai dapat mengelakkan migrain. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh meambahkan lagi sakit kepala. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan. | |
Wednesday, 12 August 2009
AKHIRNYA.....
Diam tak diam sedar tak sedar minggu depan semua umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan ramadhan almubarak....ha sesape yang belum habis lagi ganti puasa tu..cepat cepat ganti masih sempat lagi....huhuhu
Hari ni aku cukup puas hati kerana aku telah selamat lari dari mereka meraka yang aku geruni...wah bunyi macam takut je kan... tapi itula tuhan punya kuasa kan...alhamdulillah syukur..yang pasti aku bebas untuk buat apa yang aku suka lepas nih.. dan aku bahagia disamping suami anak dan keluarga aku.....itu lah manusia kan memang susah untuk di mengertikan..depan nampak je baik tapi hati dia kita tak tahu... kadang kadang aku jadi fobia bila memikirkan kisah kisah yang lepas tu.....
Ok aku stop takat tu jer aku memang tak nak ingat dah...aku nak mulakan hari hari baru dalam hidup aku.. thanks to my beloved friends syeffa..selalu menjadi teman dikala aku suka dan duka..
semoga persahabatan kita akan kekal buat selama lamanya...ameen..
Buat semua blogers exa ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan...dan dapat mempebanyakkan amalan mudah mudahan kita semua dilindungi dan dikasihi oleh allah s.w.t...
insyallah...
Wednesday, 17 June 2009
Percutian yang menyeronokkan part 3
Berbalik pada cerita exa tadi yer, setelah penat berjalan kat taman rama-rama & muzium toys tadi perut masing masing dah keroncong gile.Dah la berpusing pusing nak cari padang kota nih.Maklumlah pelancong la katakan..hehe akhirnya sampai juga. Exa dah lama mengidam nak makan laksa peneng dgn sotong kangkung akhirnya dapat juga makan...(Mengidam bukan ada isi tau jangan salah faham yerk) maksud exa nak makan laksa ori betul dari peneng nih..kalau kat kl bukan orang peneng yang buat...lain rasanya tak sama tau..





Lepas dah selesai makan kitaorang meneruskan destinasi seterusnya..melawat rumah kelahiran allahyarham Tan Sri P.ramlee..tapi nak dijadikan cerita..masa dalam perjalanan ke rumah p.ramlee bapa mertua dengan adik ipar sudah salah jalan da..Lama juga exa n hubby tunggu kat tepi jalan..tapi tak juga muncul muncul akhirnya diaorang buat keputusan untuk balik ke hotel je.Akhirnya exa hubby n kayla je yang melawat rumah kelahiran P.ramlee
sebenarnya kawan kawan kat rumah p.ramlee nih tak boleh ambik gambar..tapi exa sempat juga curi curi ambik gambar nih..ye la kan dah pegi takkan tak nak simpan untuk jadikan kenangan..ok jom tengok apa ada kat dalam umah nih...sebelum tu exa nak tunjuk rumah asal p.ramlee ni yang sebenar...gambar diatas ni telah dibaikpulihkan semula oleh arkib negara malaysia
Hari pun dah petang kayla pun dah kepenatan.sebelum balik sempat juga exa mandikan kayla kat rumah p.ramlee ni.sebab kesian kat kayla berpeluh-peluh,badan dah melekit lekit.budak budak mana boleh tahan panas,mula la nak mengamuk.lepas mandi exa n hubby balik la ke hotel.ini la serba sedikit kisah hari kedua kami yang konon nya nak pusing pusing kat peneng..tapi tak larat beb..ok layanzzz baca exa stop kat sini dulu.