Followers
Saturday, 13 October 2012
Al-Kisah Red Giant Vs Red Warrior
Salam dan selamat malam buat semua pengikut blog saya. Apa kabar semua sihat ker? Wahhh tajuk tak hengatttt kan hahahaja gelak sikit2 jerk jangan banyak sangat nanti hilang nyawa. Korang tengok tak perlawanan bola antara selangor dan kelantan tadi ( Tajuk album saya macam title kat atas tu lerr kot la ada pembaca yang tak faham apa sebenarnya yang hendak saya bual bicara. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah pada team red warrior kerana berjaya pergi ke perlawanan seterusnya selepas ini final yang akan menemukan Atm Dgn Red Warrior. Ulasan tentang game tadi,pada awal permainan nampak kesungguhan team red giant nak menyamakan mata.maklumla red warrior dah mendahului 1 mata semasa perlawanan di adakan di kelantan.Banyak sepakkan depan pintu gol red warrior yang di lakukan oleh team red giant nie,tapi kecemerlangan khairul fahmi menyelamatkan pintu gol red warrior tak dapat di nafikan.Tahniah sekali lagi di ucapkan. Okay team red giant ni sebenarnya bukan tak bagus,bagus juga kalau tidak takkan sampai ke semi final kan.Cuma apa yang saya tgk dari segi permainan player team nie suka bergerak solo mana lah perginya semangat berpasukan tu eh.Geram pun ada gak , nak gugur jantung tgk game nie,mana taknya dah depan pintu gol teragak agak pulak nak tendang,boleh fikir fikir nak bagi kawan ke nak tendang,sengal betul.Kalau dah ada peluang tendang je la kan hehehehe ( marah akak tau) itu satu hal la,bila red warrior dah gol mula la red giant nie hilang arah tujuannya masing masing main tah apa- apa tak pasal pasal bosko tu di layangkan kad merah kerana mengasari player red warrior dgn sengaja.Apa lagi nak di katakan betapa tidak bijaknya dia.( time nie memang akak dah standby nak tukar chanell tv dah meluat betul nak nengok game ni.Tak lama tinggal minit2 yang terakhir red warrior gol lagi, hua hua hua sedihnya akak red giant kalah 3-0 dengan red warrior.Sayu dan pilu terus tukar chanell Tv3 layan anaconda.Mujur la akak tak pegi stadium,kalau g lagi sedih agaknya hehehe.Itu lah Al-Kisah Red Giant Vs Red Warrior.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment