Followers

Thursday, 26 November 2009

aktiviti hujung minggu part 2






N3 kali ni sambungan cerita aktiviti hujung minggu part2..ni pun dah kira terlambat nak cerita..masa tidak mengizinkan la...Hari ahad pagi lagi ayah dah call ingat kan i pasal perjumpaan family..dah lama rancang tapi ayah bz memanjang hari ahad tu la baru berpeluang untuk kami satu keluarga berjumpa..

tempat perjumpaan kami di restoran Asam batu,batu laut...kuala langat...jauh kan ..untuk makan tengahari bersama sama..semua anak anak kena hadir tak boleh tak datang arahan di keluarkan oleh ayah i...seperti biasa la ayah memang suka makan seafood...menu hari tu sharkfin soup,crab with chili,butter prawn..banyak lagi...pendek kata semua makanan laut la..sedap hingga menjilat jari..hehehe

perjumpan tu diadakan pun untuk anak anak berbincang hal hal kami ni...pasal belajar,pasal bisnes,pasal kerja ...dan perancangan cuti hujung tahun dimana... biasa la bila dah berjumpa masing masing meluahkan lah isi hati...Ayah ketua keluarga mendengar dan memberi cadangan sahaja.. mungkin orang akan pelik kenapa kami mesti berjumpa di luar bukan di rumah..maklum lah ayah sentiasa bz dengan kerja...adik beradik i pulak bz dengan hal hal kerja dan study..walaupun duduk di daerah dan kawasan yang sama kami memang susah untuk berjumpa. perjumpaan hari tu best sangat...setahun berapa kali je dapat berbincang dan bergosip hal hal isu semasa yang berlaku sepanjang tahun.ok kita layan gambar gambar ni....dan exa stop kat sini...


Sunday, 22 November 2009

Aktiviti hujung minggu part 1


semalam satu hari hujan..seperti biasa hari sabtu aku akan menunggu kedatangan customer yang dah booking appointment untuk buat facial...alhamdulillah sejak aku memulakan perniagaan membuka `kayla mini salon' alhamdulillah rezeki aku semakin baik..dan aku harap akan berterusan..seronok juga walaupun aku memulakan nya di rumah tapi aku mendapat sambutan yang baik sampai tak sempat nak melayan kerenah si kecil aku...mikayla...mujurlah hubby aku memahami dan sanggup menjaga kayla...

selesai melayan customer tak sedar hari dah petang...keletihan juga...tapi berbaloi baloi.....hubby aku ajak tgk game bola mcs vs takaful kat stadium sepang...memikirkan hubby aku sanggup melayan anak dan berkorban untuk aku...ku turuti juga kehendak nya menemani dia menonton perlawanan bola. sebelum pergi aku sempat menyiapkan hidangan makan malam untuk hubby aku n kayla..kesian diaorang lapar..maklum lah musim hujan ni selera makan tinggi...kejap kejap nak makan....nak keluar punya pasal masak pun simple je la tomyam sayur dan telur goreng...selesai makan dan solat maghrib baru la kitaorang keluar rumah...

Sampai stadium ana dah tunggu dengan anak dia irdina...semangat betul irdina nak main bola..tapi tak kesampaian..sebabnya dalam perjalanan kayla dah tidur..agaknya letih main tak cukup tidur..tu yang tertidur awal..siannya irdina.Budak budak Mcs dah ready nak main bola... beriya -iya masing masing semangat kesukanan yang tinggi..pasukan lawan pun tak kurang hebatnya,walaupun bermain dalam keadaan padang bola yang basah dan lecak...pihak lawan dah berjaya memboloskan gawang gol pasukan Mcs..huh hebat...bergegar lah gawang gol tu..hehehe mana taknya pihak lawan ni selalu main bola sepak. Waktu perlawanan 90 minit pun berakhir...keputusan perlawanan di menangi oleh pihak lawan dengn mata 4 - 0...malu je kan dah kalah pun nak cerita gak..tapi adatla perlawanan dalam permainan ada menang kalah ye tak..geng -geng Mcs ni ada juga membuat percubaan untuk memboloskan gawang gol pihak lawan...tapi tak berpihak pada mereka..tahniah dan syabas di ucapkan pada pasukan takaful..

lepas tamat game bola kat sepang...budak budak Msc dah keletihan masing masing nak balik berehat..Family aku n Family ana g sepang tengok Drag battle round ke 5...kebanyakan kereta yang beraksi malam tadi geng-geng honda eg,ek,satria,n wira...hebat keta keta diaorang nih laju giler...time ni kayla dah bangun nasib baik la dia tak melalak..seronok dia tengok kereta tu racing. Mat -mat kereta yang minat dalam sukan pemotoran nih ramai la yang datang menyaksikan perlawanan ni...huh teruja....lepak kat sepang sampai kul 1 pg..pastu kitaorang balik...sampai rumah nak dekat pukul 2 pagi...ok exa rasa stop kat sini cerita ni ada sambunganya tau nantikan sambungan nya..... selepas ini...

Friday, 20 November 2009

Kupercaya Ada Cinta





Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(*)
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

(Korus)
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Friday, 13 November 2009

My civic squad


cepatnya masa berjalan sekarang sedar tak sedar hari ni dah hari jumaat...hari ni exa nak cerita pasal pergi konvoi keta ...tapi N3 ni dah terlambat sikit..exa post kan sebab apa gara gara internet kat rumah rosak. jumaat lepas exa n family pegi lumut ikut mcs club nih.
seronok sangat dapat jumpa kawan baru n geng geng keta .



ni la dia geng-geng keta mcs ..time ni kita orang baru sampai kat teluk senangin.dari pukul 12.30 malam bertolak dari kl pagi baru sampai..padahal bukan jauh sangat pun kl dgn lumut ye tak. Biasala kan kalau dah pegi ramai-ramai ni banyak la kali berhenti,mengantukla,nak buang air la,nak makan la.....itu la penyebab nya sampai lambat. ok jom layan gambar -gambar ni.


sementara nak menunggu time check-in kitaorang lepak la dulu kat teluk senangin...aktiviti bergambar n tido..masing masing dah keletihan...

papa n kayla lena tido...time ni papa dah tak larat betul nak drive..time ni dah tukar driver pun...(exa) kesian keletihan...anak beranak ni


kayla dah tak sabar nak mandi laut..


aktiviti petang kitaorang pegi main go kart ...geng mhcc manjung la punya idea ni..tapi seronok tau pengalaman baru..macam macam gaya dak dak ni bawa go-kart..

orang lain yang main go-kart orang lain yang kehausan..kayla pun nak minum juga penat berlari lari ...senja berlabuh...bergambar dengan geng keta mhcc manjung & mcs (lumut)

geng mhcc belanja makan durian...kat teluk batik...sebab petang kitaorang semua nak gerak balik ke kl ..

ni kawan baru kayla nama dia irdina...sama umur dengan kayla cuma dia muda beberapa bulan je comel betul dina nih

kayla bersungguh sungguh makan durian..lepas habis satu nak lagi..bukan mama tak nak bagi takut panas badan je sayang

masa ni kitaorang nak pegi shopping kat lumut..bukan shopping apa pun cari barang barang yang boleh di jadikan kenangan je...tapi tak sempat nak ambik gambar masa kat lumut masing masing sibuk buat hal masing masing...dalam 2jam kat lumut pastu kitaorang semua gerak balik kl...sampai umah dah malam..walaupun penat tapi seronok sangat...

Wednesday, 11 November 2009

alkisah budak kecik ni...


bersungguh-sungguh makan

tangan kiri pulak

nyum sedapnya

dah habish...

sejak kayla dah duk rumah nek yan macam macam perangai dia nak tunjuk kat mama...sekarang makan tak nak lagi mama suap dah nak makan sendiri...bila dipujuk nak suapkan dia akan lari dan menangis... konon dia dah besar sangat la tu...
tapi mama happy sangat tengok kayla dah semakin sihat,makin cerdik dan petah bercakap....
yang paling mama suka bila susu kayla dah habis ...dia akan cakap mama dah habish...siap letak botol atas meja:) Sedar tak sedar umur kayla dah nak hampir dua tahun.. sekejap je masa berjalan sekarang...apa pun mama bersyukur sangat anak mama dah sihat..dan mama harap kayla akan terus sihat seprti biasa...

Friday, 6 November 2009

Rindunya kat ayah


Dah lama tak jumpa ayah hampir sebulan kami tak jumpa...Ayah bz betul sekarang ni...last aku jumpa pun masa ayah balik dari Korea... Hmm nak wat macammana berhubung pun melalui internet mujur lah ayah pun ada facebook..iye la zaman dah canggih kan sekarang...

Esok 7.11.09 genap lah umur ayah exa 50 tahun...tapi sayang nya ayah tak de kat umah jadi tak de la kejutan untuk ayah tahun ni..ayah outstation lagi ..kitaorang adik beradik memang dah planning nak buat supprise party untuk ayah tapi bila cek dgn PA dia jadual dia penuh ...tak de peluang langsung.

Apapun sambutan tu tak penting sangat bagi exa..yang exa harap kan dan doakan ayah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan panjang umur...dan kalau boleh ayah ada kan sikit masa untuk family ,anak dan cucu...(kami semua rindu kat ayah )

SELAMAT HARI JADI AYAH.... I LOVE U SO MUCH.... :)

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers