Followers

Thursday 13 August 2009

Mengatasi sakit kepala

Ada beberapa tips bagi mengatasi dan juga mengurangkan sakit migrain ini.

Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut diikuti dengan muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak terdedah kepada maut. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

  • Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

  • Pengambilan Ubat-Ubatan

Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi makanan mengandungi 'monosodium glumate atau MSG,' kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.

  • Penyakit Metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.

Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh meambahkan lagi sakit kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.

Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.


2 comments:

  1. good info..sy selalu gak sakit kepala..
    nama bb exa..lebih kurang je dgn bb saya..kyla & kyra.. sebaya eh..

    btw..keep in touch eh

    ReplyDelete
  2. anak exa kayla lahir 2hb 2 2008 anak akak lahir bulan berapa lebih kurang sebaya kyra kot...

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers