Followers

Friday, 24 September 2010

BERSYUKUR MELAHIRKAN KETENANGAN JIWA

Setiap individu perlu sentiasa menanam sikap ingin mendapat lebih banyak dan lebih baik. Namun sikap itu perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredaan Allah. Bersyukur dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam mengejar apa yang dikehendaki merupakan jalan sebaik-baiknya. Sesungguhnya setiap kejadian alam ini disediakan untuk kebaikan manusia. Justeru perlulah setiap individu bersyukur dalam apa jua keadaan yang dilalui. Pandanglah pada setiap kejadian yang Allah perjelaskan agar manusia tahu bersyukur dan berfikir.


Sebagai muslim, nikmat yang paling besar ialah nikmat iman. Kehidupan ini tidak ada ertinya jika telah hilang iman dari dalam diri. Hanya mereka yang beriman dijamin kehidupan yang baik di akhirat nanti. Justeru itu, bersyukurlah kerana kita masih dalam lindungan rahmat Allah yang masih dikekalkan keimanan di dalam diri.

Seterusnya nikmat lain yang patut disyukuri ialah kesempatan hidup sehingga sekarang. Nikmat hidup bukan bertujuan untuk mencari kesenagan hidup semata-mata, tetapi ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Maka, rugilah sesiapa yang di dalam masa hidupnya lebih banyak menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu yang bukan dalam senarai ibadat. Ibadat yang dimaksudkan bukan semata-mata ibadat khusus seperti sembahyang, haji, puasa dan zakat. Sebaliknya ibadat itu merangkumi segala perbuatan yang menepati maksud takwa yakni melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang.

Ini bermakna, melakukan tugas mencari rezeki juga merupakan sebahagian daripada ibadat. Begitu juga dalam soal mengurus rumah tangga, hubungan sesama manusia dan sebagainya merupakan ibadat jika sekiranya dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.
Sesungguhnya dalam semua keadaan hidup yang dilalui manusia perlu sentiasa bersyukur, biarpun apa yang dialami itu tidak daripada dikehendaki. Terimalah segala apa kurniaan Allah dengan perasaan bersyukur dan perasaan berserah kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers