Followers

Tuesday, 28 September 2010

Dah pinjam tak reti-reti nak bayar

Wah bukan main lagi title hari ini kan..bukan apa..sebenarnya aku dah lama pendam pasal kes ni..sakit hati dah tak boleh nak tahan. Lagi lama aku diam kan makin menjadi jadi pulak si peminjam ni.

Aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami masalah macam ni..mesti korang pun pernah mengalami nasib seperti aku. Kenapa masa nak pinjam ayat sikit punya manis ..siap berjanji bagai nanti bulan depan cheq bayar jangan risau dapat je gaji cheq terus bayar kat hang. Tiba masa janji tinggal janji.Bayang si peminjam pun tak nampak. Takpe la aku sabar lagi ...aku pujuk hati aku ni mungkin dia ada masalah lain nak guna duit kot tu pasal dia tak bayar.

Masuk bulan kedua, dapat gaji aku ingat kan nak bayar la hutang aku tu...tup tup aku nengok dia pakai handbag baru..kasut baru...tudung baru..mmm aku pulak yang naik segan nak pegi mintak hutang dia kat aku.. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Bila keluar ayat sindiran ..wah lawa handbag baru..bukan main megah lagi menunjuk handbag baru nya tu..ooooiii sabar lagi dalam hati aku apa nak jadi la dia ni...

Masuk bulan ketiga tiba tiba je dia datang cerita kat aku buat muka sedih sedih kononnya tak dapat nak bayar hutang aku atas alasan nak pakai duit nak balik kampung tengok nenek sakit. Maklum lah kampung nun jauh disana kos perjalanan tinggi katanya. Apa lagi aku nak kata takkan aku nak paksa dia pulak..kang orang kata aku zalim pulak. Jawapan aku hmm tak pe la ada duit nanti u bayar la.( dengan muka senyum yang macam tak ikhlas dia bangun dan bla) kalau korang sakit hati tak....sedih kan secukup rasa.

Hari berganti hari...bulan berganti bulan..tahun berganti tahun ..hutang aku tak juga dia bayar -bayar sampai la aku dah beranak satu..dan berpindah kerja ke tempat baru. Si peminjam hilang tanpa kabar berita. Bila aku cuba hubungi no telefon dia .. mesin suara yang jawab nombor yang ada dail tiada dalam perkhidmatan....
hwaaa hwuaa :( :( sedihnya aku kenapa masih ada lagi orang macam ni...kalau dia pinjam dengan along mesti along dah pecah pecah kan rumah dia..mesti along dah tampal tampal gambar dia kat bus stop,kat tiang tiang lampu... mmm memang tak de rezeki aku lah nampaknya..kalau dia pinjam dengan along aku percaya mesti dia tak sanggup nak bayar bunga.

Nak dijadikan cerita.pada suatu hari,tuhan punya kuasa telah menemukan aku dengan dia di sebuah pasar raya. Punya la dia gelabah bila terserempak dengan aku. Merah padam muka dia dah tak tentu arah haluan dia. Aku bukan nak baham dia pun belum sempat aku tanya dan bertegur sapa terus dia hilang, laju betul dia jalan..tak sangka rupanya dia dah berkeluarga dan dah beranak dua. Dalam hati aku tertanya kenapa mesti dia lari bila nampak aku. Suami dan anak dia terpinga pinga macam pelik apa yang dah berlaku. Hmm ini la dia kan manusia masa susah sanggup tebalkan muka nak pinjam duit kat orang sana sini ..bila tiba masa nak bayar cabut lari. Kalau kawan baik pun boleh jadi putus sahabat di sebabkan masalah macam ni..kalau setakat pinjam seringit dua tak pe la lagi..ini boleh bayar balik duit kereta aku sebulan..macam mana ni... :(


* pesanan aku untuk korang semua..kalau korang ada pinjam duit sesape bayar la secepat mungkin..kalau rasa -rasa tak boleh bayar bawa berbincang tak perlu nak lari -larikan diri. Atas dunia ni memang la lepas..di akhirat nanti tak tertanggung azabnya...andai kata si peminjam tidak halal kan segalanya.

Friday, 24 September 2010

TIRU MACAM SAYA-Sheila Majid

BERSYUKUR MELAHIRKAN KETENANGAN JIWA

Setiap individu perlu sentiasa menanam sikap ingin mendapat lebih banyak dan lebih baik. Namun sikap itu perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredaan Allah. Bersyukur dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam mengejar apa yang dikehendaki merupakan jalan sebaik-baiknya. Sesungguhnya setiap kejadian alam ini disediakan untuk kebaikan manusia. Justeru perlulah setiap individu bersyukur dalam apa jua keadaan yang dilalui. Pandanglah pada setiap kejadian yang Allah perjelaskan agar manusia tahu bersyukur dan berfikir.


Sebagai muslim, nikmat yang paling besar ialah nikmat iman. Kehidupan ini tidak ada ertinya jika telah hilang iman dari dalam diri. Hanya mereka yang beriman dijamin kehidupan yang baik di akhirat nanti. Justeru itu, bersyukurlah kerana kita masih dalam lindungan rahmat Allah yang masih dikekalkan keimanan di dalam diri.

Seterusnya nikmat lain yang patut disyukuri ialah kesempatan hidup sehingga sekarang. Nikmat hidup bukan bertujuan untuk mencari kesenagan hidup semata-mata, tetapi ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Maka, rugilah sesiapa yang di dalam masa hidupnya lebih banyak menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu yang bukan dalam senarai ibadat. Ibadat yang dimaksudkan bukan semata-mata ibadat khusus seperti sembahyang, haji, puasa dan zakat. Sebaliknya ibadat itu merangkumi segala perbuatan yang menepati maksud takwa yakni melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang.

Ini bermakna, melakukan tugas mencari rezeki juga merupakan sebahagian daripada ibadat. Begitu juga dalam soal mengurus rumah tangga, hubungan sesama manusia dan sebagainya merupakan ibadat jika sekiranya dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.
Sesungguhnya dalam semua keadaan hidup yang dilalui manusia perlu sentiasa bersyukur, biarpun apa yang dialami itu tidak daripada dikehendaki. Terimalah segala apa kurniaan Allah dengan perasaan bersyukur dan perasaan berserah kepada-Nya.

Friday, 17 September 2010

Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama aku membiarkan blog aku ni tanpa sebarang catatan.
masa tidak mengizinkan aku untuk terus mencatat segala aktiviti aku.. hari ni terbuka pintu hati untuk melihat keadaan blog ku ini.. terasa rindu teramat sangat ingin mula mencatatkan aktiviti harian ku.

Walaupun tidak banyak cerita yang menarik ....tapi kita masih lagi di dalam mood raya kan..boleh la aku share kan cerita cerita menarik aku sepanjang hari raya. Tahun ini aku beraya di rumah mentua di teluk intan...dan berkunjung di rumah saudara mara hubby aku di taiping.. best sesangat..kayla dapat balik kampung opah kat taiping.

Bersama nenda tersayang

Kalau tahun tahun sebelum ni kayla masih kecil ...mungkin tidak faham lagi apa makna raya..tahun ni dia dah pandai maklumlah umur pun dah 2 tahun lebih ..bakal nak jadi kakak next year . Seronok melihat keletahnya bila atok,opah ,pakcik dan makcik dia beri duit raya.
Dengan pelat german nya `tima aceh selamat ari aye ' heheh itulah yang buat kami satu keluarga ketawa melihat keletahnya.. bukan tu saje dalam sibuk orang bergambar dia sibuk sama nak tangkap gambar ..berebut kamera dengan abah dia. nasib baik kamera sekarang ni boleh pilih gambar yang mana nak di cuci je. walaupun dia main tekan je kamera tu banyak gak gambar yang di ambilnya menjadi.

antara gambar-gambar yang di ambil oleh kayla

walaupun gambar gambar kat atas ni yang kayla ambik nampak blur ..tapi siapa sangka kan kanak2 usia 2 tahun zaman sekarang bijak dan cepat belajar sesuatu yang baru. heehe melayan kerenah anak kadang 2 boleh buat aku ketawa sendirian. hhmm aku rasa stop kat sini dulu kang makin banyak pulak aku melalut..di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua followers dan sesiapa sahaja yang baca blog aku ni... :)







Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers