Followers

Friday, 19 February 2010

9 sebab mengapa anda perlu belajar berenang ?

1. Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada,sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa anda.

2. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik,dan cantik.Ini dapat di perolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 x seminggu dan kawal pemakanan.

3. Air membentuk 70% keadaan rupa bumikita. Ke mana-mana kita pergi ,kita dikelilingi air.Laut,tasik,sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.

4. Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

5. Disebabkan kelebihan kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.


6. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain dengan air dan berenang.


7. Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM 2 untuk kolam awam.







8. Aquatic advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh: scuba diving .walaupun scuba diving memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.


9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan.Kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.

























Wednesday, 17 February 2010

5 Tips Kurus

1 Senaman ~ paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Tuesday, 9 February 2010

10 Golongan yang Tidak Masuk Syurga

Ibnu Abas r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Ada sepuluh golongan dari umatku yang tidak akan masuk surga, kecuali bagi yang bertobat. Mereka itu adalah al-qalla’, al-jayyuf, al-qattat, ad-daibub, ad-dayyus, shahibul arthabah, shahibul qubah, al-’utul, az-zanim, dan al-’aq li walidaih.

Selanjutnya Rasulullah saw. ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah al-qalla’ itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mondar-mandir kepada penguasa untuk memberikan laporan batil dan palsu.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-jayyuf itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka menggali kuburan untuk mencuri kain kafan dan sebagainya.”

Beliau ditanya lagi, “Siapakah al-qattat itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mengadu domba.”

Beliau ditanya, “Siapakah ad-daibub itu?” Beliau menjawab, “Germo.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah ad-dayyus itu?” Beliau menjawab, “Dayyus adalah laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap istrinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.”

Rasulullah saw. ditanya lagi, “Siapakah shahibul arthabah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang besar.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah shahibul qubah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang kecil.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-’utul itu?” Beliau menjawab, “Orang yang tidak mau memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya, dan tidak mau menerima alasan orang lain.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah az-zanim itu?” Beliau menjawab, “Orang yang dilahirkan dari hasil perzinaan yang suka duduk-duduk di tepi jalan guna menggunjing orang lain. Adapun al-’aq, kalian sudah tahu semua maksudnya (yakni orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya).”

Mu’adz bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan engkau tentang ayat ini: yauma yunfakhu fiish-shuuri fata’tuuna afwaajaa, yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kalian datang berkelompok-kelompok?” (An-Naba’: 18)

“Wahai Mu’adz, engkau bertanya tentang sesuatu yang besar,” jawab Rasulullah saw. Kedua mata beliau yang mulia pun mencucurkan air mata. Beliau melanjutkan sabdanya.

“Ada sepuluh golongan dari umatku yang akan dikumpulkan pada Hari Kiamat nanti dalam keadaan yang berbeda-beda. Allah memisahkan mereka dari jama’ah kaum muslimin dan akan menampakkan bentuk rupa mereka (sesuai dengan amaliyahnya di dunia). Di antara mereka ada yang berwujud kera; ada yang berwujud babi; ada yang berjalan berjungkir-balik dengan muka terseret-seret; ada yang buta kedua matanya, ada yang tuli, bisu, lagi tidak tahu apa-apa; ada yang memamah lidahnya sendiri yang menjulur sampai ke dada dan mengalir nanah dari mulutnya sehingga jama’ah kaum muslimin merasa amat jijik terhadapnya; ada yang tangan dan kakinya dalam keadaan terpotong; ada yang disalib di atas batangan besi panas; ada yang aroma tubuhnya lebih busuk daripada bangkai; dan ada yang berselimutkan kain yang dicelup aspal mendidih.”

“Mereka yang berwajah kera adalah orang-orang yang ketika di dunia suka mengadu domba di antara manusia. Yang berwujud babi adalah mereka yang ketika di dunia gemar memakan barang haram dan bekerja dengan cara yang haram, seperti cukai dan uang suap.”

“Yang berjalan jungkir-balik adalah mereka yang ketika di dunia gemar memakan riba. Yang buta adalah orang-orang yang ketika di dunia suka berbuat zhalim dalam memutuskan hukum. Yang tuli dan bisu adalah orang-orang yang ketika di dunia suka ujub (menyombongkan diri) dengan amalnya.”

“Yang memamah lidahnya adalah ulama dan pemberi fatwa yang ucapannya bertolak-belakang dengan amal perbuatannya. Yang terpotong tangan dan kakinya adalah orang-orang yang ketika di dunia suka menyakiti tetangganya.”

“Yang disalib di batangan besi panas adalah orang yang suka mengadukan orang lain kepada penguasa dengan pengaduan batil dan palsu. Yang tubuhnya berbau busuk melebihi bangkai adalah orang yang suka bersenang-senang dengan menuruti semua syahwat dan kemauan mereka tanpa mau menunaikan hak Allah yang ada pada harta mereka.”

“Adapun orang yang berselimutkan kain yang dicelup aspal mendidih adalah orang yang suka takabur dan membanggakan diri.” (HR. Qurthubi)

Saudaraku, adakah kita di antara 10 daftar yang dipaparkan Rasulullah saw. di atas? Bertobatlah, agar selamat!

Lidah

Di Sebalik Kejadian Lidah
Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya

Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
Ada yang dimakan merasa manisnya,
ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit

Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
Rasanya yang banyak oleh satu lidah
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap

Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

Monday, 8 February 2010

Cinta plastik perempuan penggoda

DI hati seorang isteri, apa yang sentiasa didoakan adalah untuk mengecap kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Namun dugaan Allah tidak siapa tahu, ia akan datang tanpa diduga untuk menguji kesabaran seorang isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

"Tujuan saya hanyalah untuk memberi amaran dan nasihat kepada kaum lelaki supaya tidak terpedaya dengan kecantikan, kelembutan yang ditonjolkan oleh sesetengah perempuan. Selamilah akhlak mereka sebelum terpedaya."

Begitu amaran yang dikirim oleh Zara (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi bersama pembaca setia.

Kita ikuti kisah Zara untuk teladan bersama;"Saya seorang isteri dan ibu berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 15 tahun. Rumah tangga saya bahagia sebelum ini tetapi hujung tahun lalu ia mula dilanda badai.

"Satu hari, suami pulang dengan keadaan marah dah kecewa. Saya menjadi amat hairan sebab dia mengamuk tanpa sebab.

"Berkali-kali ditanya, akhirnya dia mengalah dan menceritakan sesuatu yang membuat jantung saya bagaikan terhenti seketika. Rupanya ada rahsia yang dia sembunyikan daripada saya.

"Dia marah sebab teman wanitanya yang berasal dari Pantai Timur menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain. Lelaki itu juga kekasih orang.

"Semuanya bermula ketika suami bekerja satu pejabat dengan perempuan itu di sebuah syarikat automotif terkenal di Shah Alam. Setelah mengetahui hubungan mereka saya telah bersemuka dengan perempuan itu. Ketika itu saya sedang sarat mengandung.

"Saya berjumpa dengannya kerana dia adalah tunangan orang dan bercinta pula dengan suami orang. Saya sangka dia akan berubah dan malu dengan saya tetapi tidak... dia semakin galak mahu hubungan mereka diteruskan. Di hadapan saya dia merayu-rayu suami saya supaya jangan tinggalkan dia.

"Tidak cukup dengan itu dia juga mengirim SMS kepada saya meminta supaya membenarkan dia menjadi madu saya, tetapi saya tidak layan.

"Dalam keadaan penuh kecewa saya mengumpul kekuatan, memohon petunjuk daripada Yang Esa dan mendapatkan nasihat daripada motivator, ustaz-ustaz, ibu bapa, sahabat-sahabat dan melalui pembacaan buku-buku motivasi dan membaca al-Quran.

"Sebagai usaha terakhir suami saya telah bertemu dengan teman lelaki baru perempuan itu dan bercakap dari hati ke hati dengan dia sebagai lelaki.

"Daripada pertemuan ini, barulah mereka tahu yang perempuan yang mereka cintai itu telah menipu mereka. Padan muka mereka!

"Malang menimpa perempuan itu apabila bapanya meninggal dunia pada hari terakhir Ramadan. Di dalam keadaan berkabung , ibunya telah menelefon dan memarahi saya dan meminta saya supaya jangan mengganggu anaknya.

"Dia marah kerana saya menghalang cinta anaknya dengan suami saya. Adakah kerana dia sendiri telah bermadu, dia harus menggalakkan anaknya mengikut jejak langkahnya ?

"Ibunya telah mengetahui yang anaknya berkawan dengan suami saya dan teman lelaki barunya secara serentak tetapi kenapa tidak ditegah dari awal-awal lagi. Atau adakah ibunya memang menggalakkan anaknya menjadi perampas suami dan kekasih orang?

"Tindakan si ibu seolah-olah tidak melihat perjalanan hidup anaknya yang tidak menentu - bertunang selama 8 tahun dan kecundang dalam hidupnya. Jenis ibu apakah yang merestui semua ini?

"Setelah disiasat akhirnya baru saya dapat tahu rupanya memang perempuan ini memang makhluk perosak, hobinya bercinta dengan suami orang!

"Sepatutnya dia perlu berfikir panjang dan matang dalam menyelesaikan masalah ini dan memberitahu ibunya yang dia berkawan dengan suami orang.

"Bukan dengan cara mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan akibatnya. Kenapa dia tidak bersetuju apabila suami saya hendak memutuskan perhubungan mereka secara baik suatu ketika dulu?

"Yang dia tahu hanyalah memujuk rayu untuk menyambung kembali hubungan dengan suami saya dan apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dia terus melayannya. Apabila diberitahu lelaki itu telah ada kekasih dia akan menangis.

"Air mata sinonim dengan perempuan plastik ini. Mungkin disebabkan air matanya juga, ibunya telah memilih untuk memarahi dan menghina saya tanpa menyiasat latar belakang dan perangai buruk anak perempuannya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada suami saya yang mana benar dan yang mana salah sebelum dia tersesat jauh.

"Saya bersyukur kerana kini dia telah kembali ke pangkal jalan. Tapi itu tidak bermakna saya akan menerimanya sepenuh hati seperti pada mula-mula dulu.

"Walaupun tiada kepercayaan lagi terhadap suami, saya hanya mampu berdoa semoga cinta akan kembali berputik di hati kami demi masa depan rumah tangga dan kehidupan anak-anak.

"Semoga pengalaman saya dapat memberi iktibar kepada para isteri supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

"Dan yang paling penting, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak gadis anda agar mereka tidak terjebak dalam kehidupan kotor seperti gadis plastik yang hadir dalam hidup saya," kata Zara.

Itulah tabiat kebanyakan lelaki! Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bak pepatah, tiada beban batu pula yang hendak digalas. Bukankah baik jika tumpuan seratus peratus diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada?

Kemampuan? Semua orang boleh mengaku ada kemampuan tetapi sejauh mana kemampuan dan tanggungjawab itu boleh dilaksanakan juga perlu diambil kira. Bukan seperti bertukar pakaian, kotor basuh sudah jemu ditolak ke tepi.

Insan yang bernama wanita, isteri dan ibu bukan barang mainan, bukan juga untuk dijual beli. Oleh itu wahai kaum Adam dan suami, hargailah isteri anda. Jika sepuluh pun wanita yang anda temui dan boleh membahagiakan anda, ia hanya bersifat sementara kerana yang pertama itu adalah yang terbaik anugerah Allah S.W.T kepada anda. Di situlah kebahagiaan abadi sebenarnya!.

Wednesday, 3 February 2010

3rd anniversary....

Hari ni genap usia perkahwinan aku yang ke 3 tahun..aku rasa macam baru bercinta semalam dengan hubby aku ..macam tak percaya.tapi inilah kenyataan nya.

Memandangkan sekarang hubby aku sibuk dengan kerja dia , jadi tak de celebration la untuk malam ni..mungkin akan aku raikan hujung minggu nih..tapi kat mana yer..aku memilih lokasi victoria station untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3. Kebetulan juga ulang tahun perkahwinan aku dan birthday anak aku di sambut dalam bulan yang sama.

Terima kasih cayunk..bagi kad ucapan yang cantik n unik ...sungguh saya terharu...
eh ehe..korang mana boleh tau apa cerita dalam kad tu..hehehe..biasala ayat bunga bunga...malu nak cerita.

semoga ikatan antara kita kekal hingga ke akhir hayat ..insyaallah ...

Tuesday, 2 February 2010

Happy birthday my dear..

Allah selamat kan kamu...

Allah selamat kan kamu...

Allah selamatkan Mikayla Sofea

Allah selamat kan kamu... ( Versi Orang melayu )


Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday Mikayla sofea

Happy birthday to you... ( versi orang puteh )


Hari ni genap lah umur mikayla 2 tahun...bukan main suka lagi dia bila aku nyanyikan lagu hari jadi unuk dia. Pandai kan budak zaman sekarang..dah boleh tau lagu happy birthday..melompat lompat dia gembira.. sambil peluk peluk n cium aku..agaknya dia nak ucap terima kasih kat aku kot hehe..

Tapi dalam dalam dia seronok tu aku kesian juga tengok dia, batuk dan penat. Pulak tu kayla ni susah makan ubat kalau nak bagi makan ubat kena paksa dia..kalau tak di paksa lambat la baikkan. Harapan aku semoga dia cepat sembuh dari batuk n selsema. 2 hari ni aku duk jaga dia boleh la bagi makan ubat ikut masa yang di tetapkan. Kalau duduk rumah pengasuh esok tak tau la mesti makcik tu tak sampai hati nak bagi dia makan ubat kalau dia dah menangis nangis.

Dah tertidur pun dia. boleh la aku menyiapkan misi aku..Ha dah lupa ker..misi apa..ni mesti tak baca n3 sebelum nih. Kan aku dah bagi tau hari ni nak celebrate birthday dia,aku buat kecik kecik je panggil adik beradik aku n atuk nenek dia. Ni pun tengah duk memikir mikir nak masak apa untuk dia. Maybe aku masak yang simple simple je kot. bukan nak wat kenduri pun ..huhu.

Akak nak berhenti cerita ni..kalau asyik duk mengadap benda nih satu keje pun tak jadi nanti. Nanti akak updatekan lagi n3 nih...tunggu yer..kita tengok kayla potong kek macam mana!! ok tada.....

Monday, 1 February 2010

Februari bulan berkasih sayang..

Bertahun sudah berlalu februari muncul kembali..dengan kehangatan semalam...tanpa ku sedari kupetik mawar merah kutulis sebuah puisi....ceh..ceh..ceh..menyanyi nyanyi sakan la pulak.
pejam celik pejam celik tup tup dah bulan februari...cepat betul masa berjalan sekarang..hanya manusia je yang masih tidur tak sedar sedar...lagi...( kenapa? tepuk dada tanya selera) :)

Kenapa aku kata bulan februari bulan berkasih sayang...aku tak tau la orang lain macam mana tapi bagi keluarga aku bulan februari banyak kenangan dan memori terindah yang telah berlaku...Alkisahnya pada 3.2.2007 telah termetrainya sebuah ikatan cinta suci antara aku n hubby..tahun ni dah nak masuk tahun ke 3..alhamdulillah...bermacam macam dugaan hehehe tapi itulah yang dikatakan lumrah kehidupan,mudah mudahan akan terus berkekalan hingga ke akhir nyawa.

Pada tahun 2008,hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku n hubby aku.. boleh dikatakan hadiah perkahwinan kami , lahir la puteri kami Mikayla sofea selang sehari awal dari tarikh aku nikah dgn hubby aku...kalau ikut kan due date nak lahir kan dia lepas tarikh nikah kami..tapi dia tak sabar nak kuar masa tu ..memang nak bagi hadiah untuk kami .. :) haha tinggal berapa jam je lagi nak sambut ulang tahun kelahiran dia yang ke 2 tahun. Dah besar anak aku, tapi kesian kat dia sekarang tengah tak sihat ,demam batuk n selsema..mungkin demam nak besar.

Februari 2009 aku sambut ulang tahun perkahwinan n kelahiran anak aku bersama sama...ha kalau korang nak tau cerita nya pergila baca kat N3 feb 2009 ada cerita yang telah aku updatekan..karang aku cerita banyak banyak kali kang korang bosan pula benda yang sama nak di cerita berulang ulang . Memang kena lah andai ku katakan bulan februari ini bulan berkasih sayang..sebabnya memang akan belaku tiap tiap tahun perkara yang indah ini dalam hidup aku.

Tahun 2010..soalan cepu mas yang telah di soalkan kepada aku.....bila Kayla nak ada adik...ha ni yang tak tahan nak dengar ni n tak tau nak jawab macam mana? Soalnya bukan taknak bagi kayla adik,aku hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya..wah jawapan yang paling selamat. Bolehkan aku jawab lagu tuh!!! Insyaallah usaha tangga kejayaan..Malaysia boleh. Maybe februari 2011 kan mana tau nak mencipta sejarah bulan cinta nih. ( hahaha poyos saja )

Eh macam da lari tajuk ja.sambung cerita,apa yang penting esok aku nak celebrate birthday baby aku..mesti dia seronok. Walau tak dapat buat besar besaran, kecil kecil pun jadi kan,Ye la tahun ni dia dah pandai tiup lilin potong kek.last year dia tak pandai lagi. ok ok stop kat sini, esok esok aku sambung cerita lagi kang habis semua idea aku tulis kat n3 nih. Harap harap esok kayla dah tak demam lagi..kalau demam memang hancurlah perancangan aku nak celebrate hari jadi dia.

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers