Followers

Saturday, 16 January 2010

Cerita yang hampir expired

Selesai sudah urusan kerja di rumah hari nih..satu hari mengemas rumah yang aku rasa dah lama tak berkemas....mana taknya tiap tiap minggu ada je aktiviti nak berjalan.. Bukan malas tau ,balik kerja dah penat nak masak lagi ,nak lipat kain lagi...bila dah keletihan buat apa yang dan je..lagi la pulak dah ada assistance yang tolong buat sepah lepas aku kemas rumah...siapa lagi kalau bukan si kecil aku mikayla... :)

Cerita yang aku nak cerita ni sebenarnya dah hampir hampir nak expired...sebab nya dah berlaku 2 minggu lepas di sebabkan kebizian melanda aku tak sempat nak update kat blog aku ni..ingat tak lagi aku ada kata aku nak g bercuti kat singapore kat N3 aku yang lepas..
itupun kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan blog aku nilah...kalau yang baru mengikuti layan jelah,,cerita yang biasa biasa je nih...sebab nya aku bukan lah seorang penulis novel atau penulis skrip. Aku tulis ni pun ntah apa apa kan..yang penting disinilah tempat aku meluah kan dan berkongsi segala kegembiraan aku .

Sebelum mengarut lebih panjang lebar aku sambung cerita pasal percutian di singapore yang sangat menyeronokkan.. Sebab -sebabnya kerana:

1. Memandu kereta sendiri ke singapore berpandukan GPS..kalau Gps tu tipu sesat jalan lah aku ..hehe so far perjalanan kami selamat sampai ke detinasi.

2. Orang kata kalau nak masuk singapore susah macam -macam nak kena bawa,tapi aku rasa tak lah sesusah mana pun...kalau tak percaya apa kata korang lak memandu sendiri ke sana.

3. Berjumpa kenalan baru disana...baik baik orang singapore nih tak sombong, Uncle Daeng Fuad...

4. Jalan-jalan pusing pusing satu singapore...( Uniknya singapura)

5. Shopping tak ingat dunia... :) Tapi Kat KL lagi best.... barang semua sama,harga sahaja yang membezakannya...

6. Bandaraya singapura sangat bersih dan aman..tiada kesesekan lalu lintas..tak tau la hari hari biasa macam mana sebabnya aku masuk time new year.


7. Pendek kata bandaraya singapura memang ada class la..walaupun dia sebelah malaysia jer tapi tak terucap dengan kata -kata.. kenapa..sebabnya macam-macam ada...

Okey la layan gambar yang sempat aku ambik masa berada disana...insyallah kalau panjang umur dan murah rezeki aku akan kesana lagi... ... :)

zasss layan...












kalau nak diikutkan memang banyak lagi gambar yang nak ku uploadkan...tapi rasa macam dah banyak je..cukuplah ni kan biarlah gambar gambar yang lain menjadi koleksi gambar peribadiku...

No comments:

Post a Comment

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers