Followers

Monday, 18 January 2010

Hari Keluarga Proton.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi...alamak cepat sayang bangun kita dah terlambat nih...hubby aku yang lena tidur terpisat pisat bangun..(korang paham ker ayat aku nih)
alamak kita dah terlambat nih terlepas la cabutan bertuah pagi ni...(my hubby membebel sekejap aku pun malas nak dengar terus bangun n mandi..) aku jawab dari jauh je kalau nak g family day sepatutnya malam tadi tidur awal ini tak kul 3 pagi layan facebook lagi...lepas -lepas la cabutan bertuah tu tak de rezeki namanya..

Kul 9.30 pagi baru kitaorang keluar rumah kalau ikut agenda pukul 8.00 pagi dah macam macam aktiviti berlaku kat proton tu..ucapan perasmian Tun Dr mahathir,cabutan bertuah untuk dapat hadiah utama proton saga SE atau Pesona..tapi satu apa pun kami tak dapat memang tak bertuah..mana taknya sampai pun dah nak dekat kul 10.30 pagi.

Tak kisah lah hadiah tu semua,lagipun ramai staff proton shah alam ni..Hadiah yang di peruntukan pun tak semestinya semua orang akan dapat kan..yang penting family day proton hari tu best sangat..especially my little baby kayla dapat jumpa Upin&Ipin,Barney,Doraemon macam macam la aku pun dah tak ingat . Yang paling best dapat jumpa Nabil,Mila ,Angah raja lawak,Amy Mastura n Ramli Sarip... aku pun seronok juga bukan anak aku sorang je yang seronok.. ( mak budak pun sama jer)

Kata hubby aku inilah pertama kali proton buat family day anak isteri, keluarga boleh masuk dalam kilang proton..untuk melihat sendiri macammana ,bagaimana proton menghasilkan sebuah kereta..sungguh aku teruja..ye la mana taknya seumur hidup aku itulah hari pertama aku menjejakkan kaki ke dalam kilang.Kilang bukan sebarang kilang beb ..kilang proton hehe
barulah aku tau macam mana rupanya dalam kilang tu, selama ni aku duk pikir macammana la gayanya laki aku kerja kat kilang ..barulah aku tau selepas aku menyaksikannya. Aku tak terlepas dari melihat pertunjukan robot welding.Tak semua pemasangan kereta ni orang yang buat ada part -part kereta robot yang buat.. Canggih rupanya robot ni...bukan robot transformers tau... nama robot tu motoman. Sabar jap lagi aku upload gambar robot nih.

Cerita seterusnya..Aku memang suka sukan pemotoran...hari tu aku berjumpa dengan orang yang paling terror dalam bab sukan pemotoran drif ni.. nak tau siapa..dia ialah Fadhil Alang.
hari tu dia buat pertunjukan drif hebat...siapa yang rasa teringin nak belajar buat drif boleh la jumpa dia hehe...nak jumpa macam mana tu aku tak tau la kan.(.jumpa dalam mimpi ke?)
aktiviti yang paling aku suka, bergambar dengan kereta kereta r3... biasa la kalau dah dapat dan peluang bergambar tak ingat dunia.


Comel sungguh Lotus nih...( i like :)

kereta Gen2 ni la kereta drif yang di pandu oleh Fadhil Alang

Macam model iklan kereta pulak kan...

Hai..Saya Upin..(dalam tv upin kecik dan comel je sekali datang macam aine da)

Doraemon je yang datang Nobita tak dapat datang tertinggal kapal terbang heha..

Kayla n Barney...( I love U, u Love Me ) kayla sempat nyanyi lepas bergambar dengan barney walau pun mulanya takut....

Aku n Fadhil Alang...

panas ye sayang mama berpeluh -peluh


Alamak mikayla dah start meragam la..nampaknya aku akhirkan cerita dan pengalaman manis aku sampai takat ni jer..sebab aku tak larat nak dengar jeritan dia...yang boleh pecahkan gendang-gendang telinga aku.Biasa la dia nak perhatian lebih ..so next time akan ku kongsikan lagi cerita-cerita yang menarik ...tata..titi..tutu... muah muah muah... p/s kalau nak tengok gambar yang lain boleh la tengok kat photo album face book exa.

No comments:

Post a Comment

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers