Followers

Monday 28 December 2009

Kisah Curriculum Review

Sunyi sepi rasanya malam nih...macam tu juga la kisah nya blog aku nih...dah lama tiada cerita baru yang menarik aku post kan..
Aku tak pernah kisah pun samaada orang baca atau tak kisah kisah yang aku tulis dalam blog aku nih..kalau ada yang baca terima kasih saje yang mampu aku ucapkan kerana sudi membaca coretan yang ntah apa-apa ni ...

Cukup la blog ini ku jadi kan tempat untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang 2009 yang tinggal beberapa hari lagi akan berakhir..dan akan hadirnya tahun baru 2010..dimana usia aku pun akan meningkat naik juga..

Minggu lepas adalah hari bersama rakan rakan sekerja ..dimana department aku telah mengadakan curriculum review meeting kat Tiara Beach Resort PD. Bekerja sambil bercuti..itulah kata bos aku...

Bos yang sangat baik pernah aku jumpa..sentiasa memahami masalah staffnya..sambil bekerja n bercuti dapat juga meringankan beban di kepala..bonus hujung tahun katanya hehe.. :))

Kami dibenarkan membawa ahli keluarga...sepanjang meeting disana..percutian 3 hari 2 malam..di Tiara Beach Resort...lagi-lagi musim cuti sekolah seronok la ahli keluarga bila dapat kesana.

Aku bawa hubby aku n baby aku kayla..maklum la aku bukan nya bercuti sakan..bekerja juga jadi hubby aku la yang terpaksa menjaga baby kayla aku tu ...melayan kerenah si kecil mandi kat swimming pool tiara yang besar dan cantik ...kalau nak harap aku sorang yang bawa kayla alamatnya kayla duduk kat hotel je lah...

Hubby pun memang nak habiskan cuti tahun.. dapat juga la dia meluangkan sedikit waktu bersama aku n kayla..kalau dikira,di hitung waktu aku n hubby jaga kayla sikit sangat rasanya..tau tau kayla dah nak masuk 2 tahun dah next year..punya la kayla seronok dapat bersama dengan papa n mama sepanjang hari..di tiara beach resort tempohari..

Dapat main,makan,dengan kayla puas rasanya..walaupun ianya memang berlaku setiap hari di rumah. Tapi bila dapat bawa dia bercuti lagi seronok..sebelum ni dia masih kecil masih tak tau lagi nak seronok seronok..sekarang ni nampak je swimming pool tak sabar dia nak berenang..dah pandai tau..kalau tak bawa menangis sekuat hati..tak tahan telinga di buatnya kalau dah terjerit jerit.. ok jom tengok kayla berenang..



inilah gaya si kecil aku..masa ni dah kesejukan tapi nak berenang lagi

pelampung ni pun hubby baru beli...kayla taknak pakai pelampung tangan je..pandai demand


perbincangan semasa meeting Program Diploma Welding Technology


Program Diploma Metal Fabrication
My Bos...leka buat keje time nih

Ini lah wajah wajah staff yang terlibat dalam meeting Curriculum review meeting....kalau ikutkan memang banyak lagi tapi internet ni lembap nak menunggu satu gambar bukan main lama lagi..rasanya mata pun dah letih n mengantuk......stop kat sini k.tada..


Kenangan 2009 bersama ketua jabatan yang sangat baik hati Assoc.prof.....

2 comments:

  1. kalau bekerja sambil cuti, mcm mana ek. susah juga nak dipraktikkan tu, tapi bercuti sambil kerja, abru jalan kerjanya tu :) boss always right in making decision. photo hubby u dan kayla dalam kolam tu bestla, teringin lak nak bawak anak-2 gi.

    ReplyDelete
  2. rad...bawalah anak anak u pergi mesti diaorang seronok ..cuti new year ni...boleh la

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers