Followers

Sunday 20 December 2009

Layan Saje lah..



Ye ye menang..tak sangka aku boleh menang dalam acara jogathon sukan staff yang berlangsung pada awal november 2009 tempohari. Dah lama aku meninggalkan acara lari jogathon nih..seingat aku last aku lari masa aku di sekolah menengah lagi.. sekarang umur aku dah berapa...tapi mungkin rezeki aku nak menang kan ...hihihi

Hadiah ni aku dapat lambat sebabnya pihak universiti nak serahkan hadiah pada malam anual dinner. Cerita pasal dinner tempat keje aku telah mengadakan jamuan makan malam di palm garden sempena menyambut awal muharram pada hari khamis lepas. Macam-macam ada cuma tak dan ja nak ambik gambar.

Malam Tu aku bawa cik abang temankan aku..ye la orang lain dok bawa pasangan takkan la aku nak datang melenggang tak da teman..sebelum ditanya tanya aku bawa la cik abang .Mujurla cik abang jumpa member lama dia..tak lah pecah kepala nak pikirkan dia tak de kawan..

Acara malam tu sungguh menyeronokkan..ada persembahan nasyid dari rumah anak yatim,pidato ,tazkirah, dan sumbangan derma untuk rumah anak yatim dan mangsa gempa bumi di padang.

Selesai penyampaian hadiah untuk pekerja cemerlang,pengumuman johan rumah sukan jatuh kepada rumah kuning...beza mata dengan rumah biru pun tak banyak sangat tapi dekan rumah kuning bagi la dekan menang hihih.. macam tu la ceritanya kalau pertandingan mesti ada menang dan kalah...

















3 comments:

  1. weii....nape pakai baju warna ungu? Exa umah biru kan....hehehe....congrat utk marathon tu......medal k.ani kat sape ekk?

    ReplyDelete
  2. warna ungu je yang ada kak ani...medal kak ani kena tanya urussetia sukan la...tahniah juga buat kak ani....hebat tu kak ani..kita sama sama dapat medal...

    ReplyDelete
  3. tahniah atas kejayaan marathon, lepas ni maintain stamina kot, semoga kejayaan ini akan berulang di tahun depan.

    ReplyDelete

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers