Followers

Tuesday, 29 December 2009

Makan bersama adik-adik

Dapat berkumpul dengan adik adik hubby sabtu lepas seronok sangat..memang aku dan hubby dah plan nak bawa adik adik pegi makan ikan bakar kat bagan lalang,memandangkan sorang daripada adik hubby baru habis spm dan akan mengikuti program latihan khidmat negara pada 2 januari ni...

Aku n hubby buat macam tu untuk bagi sokongan moral pada dia.Pada mulanya dia keberatan untuk mengikuti program tersebut.. maklum la selama ni duduk di asrama...baru nak berehat rehat di rumah dah nak kene pegi plkn pulak.

Seronok dan puas hati bila dia bersetuju untuk mengikuti program tersebut..bagi aku la program macam tu memang bagus untuk remaja lepasan spm..dari duduk dirumah buang masa dan berpeleseran di pusat membeli belah tak de apa faedahnya.. bila ikut program tu dapat macam macam pengalaman.. zaman aku dulu di panggil program khidmat sosial negara..tapi tak la wajib macam sekarang..masa tu sukarela siapa yang nak pergi kena mendaftarkan diri di pusat belia negara .

Hari ni aku tulis sikit je memandagkan sekejap lagi aku nak bertolak ke johor bharu untuk bercuti di singapore bersama hubby n kayla..dah lama aku teringin nak ke sana..walaupun dia sebelah malaysia je..tapi nak tau juga apa yang ada disana..ok lah aku stop kat sini..insyaallah balik dari singapore nanti akan aku update cerita baru...


kayla ....serius je mukanya..lapar nih..

Habis semua lauk..sedap sungguh berbaloi baloi..

mimy dengan mr x nya...

comelnya anak mama..kawan dangan azza ek..

Monday, 28 December 2009

Kisah Curriculum Review

Sunyi sepi rasanya malam nih...macam tu juga la kisah nya blog aku nih...dah lama tiada cerita baru yang menarik aku post kan..
Aku tak pernah kisah pun samaada orang baca atau tak kisah kisah yang aku tulis dalam blog aku nih..kalau ada yang baca terima kasih saje yang mampu aku ucapkan kerana sudi membaca coretan yang ntah apa-apa ni ...

Cukup la blog ini ku jadi kan tempat untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang 2009 yang tinggal beberapa hari lagi akan berakhir..dan akan hadirnya tahun baru 2010..dimana usia aku pun akan meningkat naik juga..

Minggu lepas adalah hari bersama rakan rakan sekerja ..dimana department aku telah mengadakan curriculum review meeting kat Tiara Beach Resort PD. Bekerja sambil bercuti..itulah kata bos aku...

Bos yang sangat baik pernah aku jumpa..sentiasa memahami masalah staffnya..sambil bekerja n bercuti dapat juga meringankan beban di kepala..bonus hujung tahun katanya hehe.. :))

Kami dibenarkan membawa ahli keluarga...sepanjang meeting disana..percutian 3 hari 2 malam..di Tiara Beach Resort...lagi-lagi musim cuti sekolah seronok la ahli keluarga bila dapat kesana.

Aku bawa hubby aku n baby aku kayla..maklum la aku bukan nya bercuti sakan..bekerja juga jadi hubby aku la yang terpaksa menjaga baby kayla aku tu ...melayan kerenah si kecil mandi kat swimming pool tiara yang besar dan cantik ...kalau nak harap aku sorang yang bawa kayla alamatnya kayla duduk kat hotel je lah...

Hubby pun memang nak habiskan cuti tahun.. dapat juga la dia meluangkan sedikit waktu bersama aku n kayla..kalau dikira,di hitung waktu aku n hubby jaga kayla sikit sangat rasanya..tau tau kayla dah nak masuk 2 tahun dah next year..punya la kayla seronok dapat bersama dengan papa n mama sepanjang hari..di tiara beach resort tempohari..

Dapat main,makan,dengan kayla puas rasanya..walaupun ianya memang berlaku setiap hari di rumah. Tapi bila dapat bawa dia bercuti lagi seronok..sebelum ni dia masih kecil masih tak tau lagi nak seronok seronok..sekarang ni nampak je swimming pool tak sabar dia nak berenang..dah pandai tau..kalau tak bawa menangis sekuat hati..tak tahan telinga di buatnya kalau dah terjerit jerit.. ok jom tengok kayla berenang..



inilah gaya si kecil aku..masa ni dah kesejukan tapi nak berenang lagi

pelampung ni pun hubby baru beli...kayla taknak pakai pelampung tangan je..pandai demand


perbincangan semasa meeting Program Diploma Welding Technology


Program Diploma Metal Fabrication
My Bos...leka buat keje time nih

Ini lah wajah wajah staff yang terlibat dalam meeting Curriculum review meeting....kalau ikutkan memang banyak lagi tapi internet ni lembap nak menunggu satu gambar bukan main lama lagi..rasanya mata pun dah letih n mengantuk......stop kat sini k.tada..


Kenangan 2009 bersama ketua jabatan yang sangat baik hati Assoc.prof.....

Sunday, 20 December 2009

Layan Saje lah..



Ye ye menang..tak sangka aku boleh menang dalam acara jogathon sukan staff yang berlangsung pada awal november 2009 tempohari. Dah lama aku meninggalkan acara lari jogathon nih..seingat aku last aku lari masa aku di sekolah menengah lagi.. sekarang umur aku dah berapa...tapi mungkin rezeki aku nak menang kan ...hihihi

Hadiah ni aku dapat lambat sebabnya pihak universiti nak serahkan hadiah pada malam anual dinner. Cerita pasal dinner tempat keje aku telah mengadakan jamuan makan malam di palm garden sempena menyambut awal muharram pada hari khamis lepas. Macam-macam ada cuma tak dan ja nak ambik gambar.

Malam Tu aku bawa cik abang temankan aku..ye la orang lain dok bawa pasangan takkan la aku nak datang melenggang tak da teman..sebelum ditanya tanya aku bawa la cik abang .Mujurla cik abang jumpa member lama dia..tak lah pecah kepala nak pikirkan dia tak de kawan..

Acara malam tu sungguh menyeronokkan..ada persembahan nasyid dari rumah anak yatim,pidato ,tazkirah, dan sumbangan derma untuk rumah anak yatim dan mangsa gempa bumi di padang.

Selesai penyampaian hadiah untuk pekerja cemerlang,pengumuman johan rumah sukan jatuh kepada rumah kuning...beza mata dengan rumah biru pun tak banyak sangat tapi dekan rumah kuning bagi la dekan menang hihih.. macam tu la ceritanya kalau pertandingan mesti ada menang dan kalah...

















Saturday, 19 December 2009

MHCC

Aktiviti petang ni tengok drag kat cyber jaya...kalau hujan cam ne ek...tapi malam ni ada pertunjukan lagi...harap harap la hujan berhenti...:)

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers