Followers
Saturday, 13 October 2012
Al-Kisah Red Giant Vs Red Warrior
Salam dan selamat malam buat semua pengikut blog saya. Apa kabar semua sihat ker? Wahhh tajuk tak hengatttt kan hahahaja gelak sikit2 jerk jangan banyak sangat nanti hilang nyawa. Korang tengok tak perlawanan bola antara selangor dan kelantan tadi ( Tajuk album saya macam title kat atas tu lerr kot la ada pembaca yang tak faham apa sebenarnya yang hendak saya bual bicara. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah pada team red warrior kerana berjaya pergi ke perlawanan seterusnya selepas ini final yang akan menemukan Atm Dgn Red Warrior. Ulasan tentang game tadi,pada awal permainan nampak kesungguhan team red giant nak menyamakan mata.maklumla red warrior dah mendahului 1 mata semasa perlawanan di adakan di kelantan.Banyak sepakkan depan pintu gol red warrior yang di lakukan oleh team red giant nie,tapi kecemerlangan khairul fahmi menyelamatkan pintu gol red warrior tak dapat di nafikan.Tahniah sekali lagi di ucapkan. Okay team red giant ni sebenarnya bukan tak bagus,bagus juga kalau tidak takkan sampai ke semi final kan.Cuma apa yang saya tgk dari segi permainan player team nie suka bergerak solo mana lah perginya semangat berpasukan tu eh.Geram pun ada gak , nak gugur jantung tgk game nie,mana taknya dah depan pintu gol teragak agak pulak nak tendang,boleh fikir fikir nak bagi kawan ke nak tendang,sengal betul.Kalau dah ada peluang tendang je la kan hehehehe ( marah akak tau) itu satu hal la,bila red warrior dah gol mula la red giant nie hilang arah tujuannya masing masing main tah apa- apa tak pasal pasal bosko tu di layangkan kad merah kerana mengasari player red warrior dgn sengaja.Apa lagi nak di katakan betapa tidak bijaknya dia.( time nie memang akak dah standby nak tukar chanell tv dah meluat betul nak nengok game ni.Tak lama tinggal minit2 yang terakhir red warrior gol lagi, hua hua hua sedihnya akak red giant kalah 3-0 dengan red warrior.Sayu dan pilu terus tukar chanell Tv3 layan anaconda.Mujur la akak tak pegi stadium,kalau g lagi sedih agaknya hehehe.Itu lah Al-Kisah Red Giant Vs Red Warrior.
Wednesday, 27 June 2012
Bertakhta Di Hati ........
Bismillah
Salam dan selamat sejahtera pada semua pembaca yang setia mengikuti perjalanan blog saya nie dan nak hampir lupus blog ni ,di sebabkan kebizian ,bercampur kemalasan melanda. Apa-apa pun malam nie buat saya terajin setelah berjalan jalan di blog teman teman yang lain ,mula lah jari jemari ni terasa ingin menghidupkan kembali suasana blog saya yang telah sekian lama sepi.
Nie semua gara-gara muka buku & burung biru ,maklum lah kekawan semua memasing pakai hp canggih manggih, ada BlackBerry ,ada Samsung Note, ada xperia ,nak mengupdate blog ni panjang karangan nak di taip ,kalau di muka buku n burung biru 5 minit pun dah boleh siap update....
huhuhuhuh dah mengarut yang bukan bukan...tajuk utama cerita adalah seperti gambar rajah di atas,mengenai perihal mereka..
Meraka lah buah hati pengarang jantung saya yang menemani,mewarnai dan menceriakan hidup dan hari- hari saya . Especially pada En.Hubby yang banyak membantu saya dalam menguruskan anak-anak n rumah bila saya keluar bekerja pada hari minggu.
For My lovely daughter Mikayla Sofea.... I love u so much,walaupun kakak masih kecik tapi kakak banyak tolong mama.Kakak rajin jaga adik ,main dengan adik ,n suap adik makan. Mama doakan kakak menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran di dunia dan diakhirat.
My handsome boy Rayyan Yusuff ,mama sayang adik sama macam mama sayang abah n kakak,adik jangan nakal -nakal n selalu buli kakak tau ...heheheh .Mama doakan anak- anak mama menjadi insan berguna sayang menyayangi antara satu sama lain sampai anak- anak mama besar.
Mama akui kadang- kadang mama sibuk dengan kerja -kerja mama hujung minggu sampai tak sempat nak main2 dengan adik n kakak, Tapi tak bermakna mama tak sayang ada masa terluang mama bawa adik ,kakak n abah jalan2 main game ( seperti gambar diatas)
Apa-apa pun akhir kata coretan ,mama ucapkan jutaan terima kasih kepada My Hubby ,Kayla & Ryan yang faham dengan kesibukan mama. walaupun anak2 mama masih kecil tapi pandai bagi kerjasama dengan abah .Kamu semua sentiasa bertakhta di hati mama .
I LOVE U SO MUCH .......mmmuuuuaaaahhhhhh
Subscribe to:
Posts (Atom)