Followers

Thursday, 10 November 2011

''Jangan Jaga tepi Kain Orang''- Positif atau Negatif

Pada zaman dulu-dulu,orang tua-tua tidak membenarkan anak-anak mereka untuk cuba `menajaga tepi kain orang'.Perumpamaan ini bermaksud kita cuba ingin ambil tahu orang lain,terutamanya orang yang kita kenal rapat seperti rakan sebaya,jirandan adik beradik.Contohnya ,apabila berlaku musibah kepada rakan sebaya kita seperti dipukul oleh ibu bapanya kerana degil,tidak mendengar katadan suka balik lewat,ibu bapa kita dengan segera tidak menggalakkan kita untuk cuba mengorek rahsia di sebalik ``hayunan rotan''yang di terima oleh kawan kita tadi. Esoknya kita ternampak ada kesan -kesan lebam di tangan dan badan.Pun begitu ,kita masih lagi tidak dibenarkan untuk mengambil tahu apa yang telah berlaku pada kawan kita tadi,semata-mata kerana tegahan atau larangan daripada orang tua kita .

Dari SUDUT POSITIF,amalan menjaga tepi kain orang'sebenarnya mampu meningkatkan persaudaraan dan semangat kejiranan .Amalan ini memberi peluang mengenali lebih dekat siapa jiran tetangga ,masalah hidup jiran dan dapat mengenalpasti orang-orang yang mencurigakan yang bergerak di sekitar kita.Kalau dalam keadaan begini maka amalan menjaga tepi kain orang boleh di guna pakai.

Dari SUDUT NEGATIF,amalan menjaga tepi kain orang yang bertujuan memfitnah adalah bercanggah dengan prinsip amar makruf nahi munkar.Perbuatan orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih berbahaya daripada syaitan kerana perbuatan syaitan hanya dengan khayalan dan bisik sedangkan perbuatan fitnah dan mengadu domba secara terang-terangan dan berdepan.Akibat fitnah juga lebih merosak daripada pembunuhan kerana pembunuhan hanya mengorbankan satu atau dua orang sedangkan fitnah dan adu domba mampu menghancurkan masyarakat dan negara .Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui secara tepat apakah maksud fitnah. Mengikut Kamus Dewan ,fitnah bermaksud tuduhan yang belum lagi disiasat tentang kesahihannya,khabar atau kisah yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang.

Memandangkan fitnah boleh membawa bahaya besar,kita perlu menjauhi diri daripada perbuatan terkutuk itu.Sesungguhnya fitnah tidak berlaku jika masyarakat beriman,jujur istiqamah dalam melakukan ibadat,tidak mementingkan diri ,tidak tamak harta,tidak gila kuasa,tidak mengikut telunjuk syaitan dan tidak tunduk kepada nafsu.






No comments:

Post a Comment

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers