Followers

Sunday, 4 April 2010

Events @ Armada Hotel

HAPPY ANNIVERSARY A TOAST FOR
MOHAMAD ISA & ROZALINA
FOR YOUR 10th ANNIVERSARY
MAY GOD BLESS YOUR MARRIAGE.

Bukan senang nak menjaya kan majlis anniversary ayah n mama...aku n adik beradik mengambil masa hampir sebulan untuk mengadakan majlis ini. Perancangan untuk majlis ini telah di rahsiakan dari pada pengetahuan mama pada awalnya. Demi kasih ayah pada mama beliau ingin meraikan ulangtahun perkahwinan mereka bersama rakan -rakan dan saudara mara. Ayah cuma sediakan budget sahaja..yang lain lain dia tak nak ambil tau semua nya di lepaskan kepada kami adik beradik untuk mengendalikan majlis ini.

Tema majlis ini berkonsepkan garden..wah macam nak kawin lagi sekali je,itulah permintaan ayah.Pening juga nak buat..Kami adik beradik telah mengadakan meeting untuk di berikan tugas untuk menjayakan majlis ini..Aku di beri tugas untuk mencari wedding planner untuk setup ballroom dengan bilik pasangan yang nak diraikan.jurumakeup dan baju pengantin untuk mama.

Wah ada bakat ke aku nak buat benda ni semua ...heheh ini lah first time.Ye la masa aku khawin ayah dan mama yang uruskan semuanya .Nasib lah ada Ms lulu my best friend masa sekolah menengah dulu...dia ni memang dah biasa buat event macam nih..so aku telah bagi idea macam mana nak hidupkan event tu nanti. Dengan kepakaran yang Ms lulu ada,aku berikan 100% kepercayaan untuk dia menjayakan event tu.

Alhamdulillah apa yang kami rancangkan berjalan dengan lancar..hari yang dinanti kan telah tiba. Nampak wajah keriangan mama dan ayah. Kami adik beradik pun turut gembira dan mengharapkan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Ooppss..mesti ada yang akan tertanya-tanya...ulangtahun perkahwinan yang ke 10..sedangkan aku n adik beradik aku dah besar panjang kan..pelikss. Okla untuk tidak memeningkan korang mama adalah step mother aku. Aku tak peduli apa pun orang nak kata kenapa aku dengan adik beradik aku gembira ada step mother..bagi aku zaman sekarang bukan lagi zaman lela manja.Zaman dah millennium pun mama aku boleh terima kami adik beradik tanpa membezakan kami begitu juga lah kami menerima dia dalam hidup kami adik beradik, terbukti kami sekeluarga memang bahagia. Apa yang tuhan telah takdirkan untuk kami sekeluarga tidak akan ada pada keluarga orang lain.



Keluarga aku yang bahagia...


Hadiah dari kami adik beradik untuk mama n ayah


Acara potong kek

Sesekali ada majlis macam ni seronok juga kan..ye lah mana ada orang boleh tengok ayah n mama dia bersanding semula.Bertuah kami adik beradik ..kalau di fikirkan balik macam main kawin kawin je hehe .Yang menjadi lagi meriah nya bila majlis ni di hadiri oleh menantu n cucu ayah dan mama..


My princess Mikayla sofea

Kepada kawan-kawan dan saudara mara yang telah menjayakan majlis ini aku ucapkan ribuan terima kasih dari pada kami sekeluarga. Tanpa pertolongan dan kehadiran anda semua majlis ini tidak akan berjalan dengan jayanya.. Thank a lot.. I love u all..mmmuuuaaahhh.

Friday, 2 April 2010

Beg punya pasal !!!!

Bismillah

April 2010...bermula satu fenomena baru dalam kamus hidup aku...sebelum ni aku asyik dengar kabar kabar angin je..tetapi setelah tiba masanya ia menjadi satu realiti...suka atau tidak aku harus laluinya.

Hari pertama...aku rasa macam hendak pergi memulakan tugas di pejabat baru..punya lah aku risau..seawal pagi aku bangun,mandi dan solat subuh..jam di dinding baru pukul 7.05 minit. Kayla pun masih lena di buai mimpi..aku pun angkat kayla dengan beg 2 aku masuk dalam kereta. sepanjang perjalanan hantar kayla ke rumah pengasuh hati aku dup dap dup dap ..tak tau la pasal apa..aku layan kan saja perasaan aku tu..
Sampai rumah pengasuh seperti biasa makcik tu akan tunggu kayla datang dan bawa masuk terus kayla dalam rumah..tiba tiba makcik tu bersuara ..beg kayla mana? dengan confident nya aku pergi buka pintu belakang kereta kononnya nak ambik beg kayla...tiba tiba....ya allah beg tak bawa...aku separuh menjerit. Ini bukan april fool tau ini betul betul kejadian...jam kat tangan dah pukul 7.30 macam mana ni confirm la aku akan sampai lambat ni. cuak siot..

Dengan pantas aku start enjin kereta berdezup aku tekan minyak.Konon lah nak sampai office awal tapi jalan pula jem.Tension betul di buatnya.dalam hati mengomel sendiri macam mana boleh tertinggal beg kayla nih..habislah aku dah lah kat office baru ada big boss. betul betul aku buat keje gila nak kena patah balik ke rumah semata mata nak hantar beg kayla ..kalau dekat tak pe juga ..sedih pun ada time tu...hua hua hua.

Sampai rumah dah pukul 7.55 huhu...nak kena patah balik rumak pengasuh nak taknak punch card aku merah lah..Nak buat macam mana lagi memang dah tak sempat dah..terus aku nekad apa terjadi aku kena butakan mata n pekak kan telinga saja..buat tak tau..salah diri sendiri juga tak periksa beg seperti kebiasaan nya..

Pergi balik ke rumah pengasuh..terus aku pas je beg pada makcik tu..Tak sempat nak sembang sembang dah ..memang terlambat sungguh..gara-gara beg punya pasal. Bawa kereta macam orang nak pegi berperang ...hehe dengan bunyi ekzos kereta aku yang bising tu je buat telinga orang lain bingit. Akhirnya aku punch card pukul 8.15 pagi.(merah card aku)
Ku pandang kiri kanan sebelum melangkah ke office baru ..risau kalau -kalau terserempak dengan Tuan Hj..... Alhamdulillah selamat Tuan Hj pun belum sampai.

Tapi ..aku.tak nak benda benda macam ni terjadi lagi...tak sanggup ..sungguh buang masa diatas jalan raya sahaja. Bila aku dok pikir pikir balik apalah dah jadi kat aku yer..TAKUT KER LUPA....
HEHEHEHE :)

Friday, 19 February 2010

9 sebab mengapa anda perlu belajar berenang ?

1. Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada,sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa anda.

2. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik,dan cantik.Ini dapat di perolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 x seminggu dan kawal pemakanan.

3. Air membentuk 70% keadaan rupa bumikita. Ke mana-mana kita pergi ,kita dikelilingi air.Laut,tasik,sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.

4. Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

5. Disebabkan kelebihan kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.


6. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain dengan air dan berenang.


7. Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM 2 untuk kolam awam.







8. Aquatic advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh: scuba diving .walaupun scuba diving memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.


9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan.Kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.

























Wednesday, 17 February 2010

5 Tips Kurus

1 Senaman ~ paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Tuesday, 9 February 2010

10 Golongan yang Tidak Masuk Syurga

Ibnu Abas r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Ada sepuluh golongan dari umatku yang tidak akan masuk surga, kecuali bagi yang bertobat. Mereka itu adalah al-qalla’, al-jayyuf, al-qattat, ad-daibub, ad-dayyus, shahibul arthabah, shahibul qubah, al-’utul, az-zanim, dan al-’aq li walidaih.

Selanjutnya Rasulullah saw. ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah al-qalla’ itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mondar-mandir kepada penguasa untuk memberikan laporan batil dan palsu.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-jayyuf itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka menggali kuburan untuk mencuri kain kafan dan sebagainya.”

Beliau ditanya lagi, “Siapakah al-qattat itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mengadu domba.”

Beliau ditanya, “Siapakah ad-daibub itu?” Beliau menjawab, “Germo.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah ad-dayyus itu?” Beliau menjawab, “Dayyus adalah laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap istrinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.”

Rasulullah saw. ditanya lagi, “Siapakah shahibul arthabah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang besar.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah shahibul qubah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang kecil.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-’utul itu?” Beliau menjawab, “Orang yang tidak mau memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya, dan tidak mau menerima alasan orang lain.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah az-zanim itu?” Beliau menjawab, “Orang yang dilahirkan dari hasil perzinaan yang suka duduk-duduk di tepi jalan guna menggunjing orang lain. Adapun al-’aq, kalian sudah tahu semua maksudnya (yakni orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya).”

Mu’adz bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan engkau tentang ayat ini: yauma yunfakhu fiish-shuuri fata’tuuna afwaajaa, yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kalian datang berkelompok-kelompok?” (An-Naba’: 18)

“Wahai Mu’adz, engkau bertanya tentang sesuatu yang besar,” jawab Rasulullah saw. Kedua mata beliau yang mulia pun mencucurkan air mata. Beliau melanjutkan sabdanya.

“Ada sepuluh golongan dari umatku yang akan dikumpulkan pada Hari Kiamat nanti dalam keadaan yang berbeda-beda. Allah memisahkan mereka dari jama’ah kaum muslimin dan akan menampakkan bentuk rupa mereka (sesuai dengan amaliyahnya di dunia). Di antara mereka ada yang berwujud kera; ada yang berwujud babi; ada yang berjalan berjungkir-balik dengan muka terseret-seret; ada yang buta kedua matanya, ada yang tuli, bisu, lagi tidak tahu apa-apa; ada yang memamah lidahnya sendiri yang menjulur sampai ke dada dan mengalir nanah dari mulutnya sehingga jama’ah kaum muslimin merasa amat jijik terhadapnya; ada yang tangan dan kakinya dalam keadaan terpotong; ada yang disalib di atas batangan besi panas; ada yang aroma tubuhnya lebih busuk daripada bangkai; dan ada yang berselimutkan kain yang dicelup aspal mendidih.”

“Mereka yang berwajah kera adalah orang-orang yang ketika di dunia suka mengadu domba di antara manusia. Yang berwujud babi adalah mereka yang ketika di dunia gemar memakan barang haram dan bekerja dengan cara yang haram, seperti cukai dan uang suap.”

“Yang berjalan jungkir-balik adalah mereka yang ketika di dunia gemar memakan riba. Yang buta adalah orang-orang yang ketika di dunia suka berbuat zhalim dalam memutuskan hukum. Yang tuli dan bisu adalah orang-orang yang ketika di dunia suka ujub (menyombongkan diri) dengan amalnya.”

“Yang memamah lidahnya adalah ulama dan pemberi fatwa yang ucapannya bertolak-belakang dengan amal perbuatannya. Yang terpotong tangan dan kakinya adalah orang-orang yang ketika di dunia suka menyakiti tetangganya.”

“Yang disalib di batangan besi panas adalah orang yang suka mengadukan orang lain kepada penguasa dengan pengaduan batil dan palsu. Yang tubuhnya berbau busuk melebihi bangkai adalah orang yang suka bersenang-senang dengan menuruti semua syahwat dan kemauan mereka tanpa mau menunaikan hak Allah yang ada pada harta mereka.”

“Adapun orang yang berselimutkan kain yang dicelup aspal mendidih adalah orang yang suka takabur dan membanggakan diri.” (HR. Qurthubi)

Saudaraku, adakah kita di antara 10 daftar yang dipaparkan Rasulullah saw. di atas? Bertobatlah, agar selamat!

Lidah

Di Sebalik Kejadian Lidah
Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya

Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
Ada yang dimakan merasa manisnya,
ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit

Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
Rasanya yang banyak oleh satu lidah
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap

Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

Monday, 8 February 2010

Cinta plastik perempuan penggoda

DI hati seorang isteri, apa yang sentiasa didoakan adalah untuk mengecap kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Namun dugaan Allah tidak siapa tahu, ia akan datang tanpa diduga untuk menguji kesabaran seorang isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

"Tujuan saya hanyalah untuk memberi amaran dan nasihat kepada kaum lelaki supaya tidak terpedaya dengan kecantikan, kelembutan yang ditonjolkan oleh sesetengah perempuan. Selamilah akhlak mereka sebelum terpedaya."

Begitu amaran yang dikirim oleh Zara (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi bersama pembaca setia.

Kita ikuti kisah Zara untuk teladan bersama;"Saya seorang isteri dan ibu berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 15 tahun. Rumah tangga saya bahagia sebelum ini tetapi hujung tahun lalu ia mula dilanda badai.

"Satu hari, suami pulang dengan keadaan marah dah kecewa. Saya menjadi amat hairan sebab dia mengamuk tanpa sebab.

"Berkali-kali ditanya, akhirnya dia mengalah dan menceritakan sesuatu yang membuat jantung saya bagaikan terhenti seketika. Rupanya ada rahsia yang dia sembunyikan daripada saya.

"Dia marah sebab teman wanitanya yang berasal dari Pantai Timur menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain. Lelaki itu juga kekasih orang.

"Semuanya bermula ketika suami bekerja satu pejabat dengan perempuan itu di sebuah syarikat automotif terkenal di Shah Alam. Setelah mengetahui hubungan mereka saya telah bersemuka dengan perempuan itu. Ketika itu saya sedang sarat mengandung.

"Saya berjumpa dengannya kerana dia adalah tunangan orang dan bercinta pula dengan suami orang. Saya sangka dia akan berubah dan malu dengan saya tetapi tidak... dia semakin galak mahu hubungan mereka diteruskan. Di hadapan saya dia merayu-rayu suami saya supaya jangan tinggalkan dia.

"Tidak cukup dengan itu dia juga mengirim SMS kepada saya meminta supaya membenarkan dia menjadi madu saya, tetapi saya tidak layan.

"Dalam keadaan penuh kecewa saya mengumpul kekuatan, memohon petunjuk daripada Yang Esa dan mendapatkan nasihat daripada motivator, ustaz-ustaz, ibu bapa, sahabat-sahabat dan melalui pembacaan buku-buku motivasi dan membaca al-Quran.

"Sebagai usaha terakhir suami saya telah bertemu dengan teman lelaki baru perempuan itu dan bercakap dari hati ke hati dengan dia sebagai lelaki.

"Daripada pertemuan ini, barulah mereka tahu yang perempuan yang mereka cintai itu telah menipu mereka. Padan muka mereka!

"Malang menimpa perempuan itu apabila bapanya meninggal dunia pada hari terakhir Ramadan. Di dalam keadaan berkabung , ibunya telah menelefon dan memarahi saya dan meminta saya supaya jangan mengganggu anaknya.

"Dia marah kerana saya menghalang cinta anaknya dengan suami saya. Adakah kerana dia sendiri telah bermadu, dia harus menggalakkan anaknya mengikut jejak langkahnya ?

"Ibunya telah mengetahui yang anaknya berkawan dengan suami saya dan teman lelaki barunya secara serentak tetapi kenapa tidak ditegah dari awal-awal lagi. Atau adakah ibunya memang menggalakkan anaknya menjadi perampas suami dan kekasih orang?

"Tindakan si ibu seolah-olah tidak melihat perjalanan hidup anaknya yang tidak menentu - bertunang selama 8 tahun dan kecundang dalam hidupnya. Jenis ibu apakah yang merestui semua ini?

"Setelah disiasat akhirnya baru saya dapat tahu rupanya memang perempuan ini memang makhluk perosak, hobinya bercinta dengan suami orang!

"Sepatutnya dia perlu berfikir panjang dan matang dalam menyelesaikan masalah ini dan memberitahu ibunya yang dia berkawan dengan suami orang.

"Bukan dengan cara mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan akibatnya. Kenapa dia tidak bersetuju apabila suami saya hendak memutuskan perhubungan mereka secara baik suatu ketika dulu?

"Yang dia tahu hanyalah memujuk rayu untuk menyambung kembali hubungan dengan suami saya dan apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dia terus melayannya. Apabila diberitahu lelaki itu telah ada kekasih dia akan menangis.

"Air mata sinonim dengan perempuan plastik ini. Mungkin disebabkan air matanya juga, ibunya telah memilih untuk memarahi dan menghina saya tanpa menyiasat latar belakang dan perangai buruk anak perempuannya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada suami saya yang mana benar dan yang mana salah sebelum dia tersesat jauh.

"Saya bersyukur kerana kini dia telah kembali ke pangkal jalan. Tapi itu tidak bermakna saya akan menerimanya sepenuh hati seperti pada mula-mula dulu.

"Walaupun tiada kepercayaan lagi terhadap suami, saya hanya mampu berdoa semoga cinta akan kembali berputik di hati kami demi masa depan rumah tangga dan kehidupan anak-anak.

"Semoga pengalaman saya dapat memberi iktibar kepada para isteri supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

"Dan yang paling penting, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak gadis anda agar mereka tidak terjebak dalam kehidupan kotor seperti gadis plastik yang hadir dalam hidup saya," kata Zara.

Itulah tabiat kebanyakan lelaki! Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bak pepatah, tiada beban batu pula yang hendak digalas. Bukankah baik jika tumpuan seratus peratus diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada?

Kemampuan? Semua orang boleh mengaku ada kemampuan tetapi sejauh mana kemampuan dan tanggungjawab itu boleh dilaksanakan juga perlu diambil kira. Bukan seperti bertukar pakaian, kotor basuh sudah jemu ditolak ke tepi.

Insan yang bernama wanita, isteri dan ibu bukan barang mainan, bukan juga untuk dijual beli. Oleh itu wahai kaum Adam dan suami, hargailah isteri anda. Jika sepuluh pun wanita yang anda temui dan boleh membahagiakan anda, ia hanya bersifat sementara kerana yang pertama itu adalah yang terbaik anugerah Allah S.W.T kepada anda. Di situlah kebahagiaan abadi sebenarnya!.

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers