Followers

Wednesday, 11 February 2009

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG

hantaran

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan
gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa
dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk
anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan
jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana
dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Tuesday, 10 February 2009

.: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT

WAV

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Friday, 6 February 2009

Merci Beau Coup Mon Cheri

semalam aku diserang migrain ....tuhan je yang tahu betapa sakitnya kepala aku....sampai bila agaknya akan ku tanggung kesakitan sebegini.
`Merci Beau Coup Mon Cheri' .....setiap kali aku kena serangan migrain ni mon cheri tak pernah biarkan aku menahan sakit sorang-sorang.mon cheri akan selalu picitkan tapak kaki aku untuk melegakan rasa sakit.Tapi kesian mon cheri,malam tadi baru nak tido aku pula termuntah atas katil.aku tak sempat nak berlari ke toilet sebab kepala aku sakit macam nak pecah.. mon cheri la yang angkat aku g toilet... aku mandi dulu pastu aku tidor...

Merci beau coup mon cheri .. J'taime..

Thursday, 5 February 2009

Birthday Kayla 1 tahun

macam mana nak buka hadiah ni ?
mama..... Kayla dapat hadiah.... yeyeye
Ambik gambar dulu sebelum potong kek...comel tak kayla
kayla dengan uncle aiman nak potong kek la
Ini la kek hari jadi kayla ...yum yum ..sedapnya




Happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday mikayla sofea
happy birthday to you....

Tengok la aksi kayla tercengang cengang dia dengar kan kami sekeluarga nyanyikan lagu happy birthday kat dia...dia pelik kot first time celebrate bday dia...

Tuesday, 3 February 2009

Mon Amour


I've fallen in love with you

and i'll never let you go
I love you more than anyone

I just had to let you know

and if you ever wonder why

I don't know what i'll say

But i'll never stop loving you

each and everyday

My feelings for you will never change
Just know my feelings are true
Just remember one thing
I Love You

Saksikan rancangan Upin & Ipin Di Tv 9

Hai kawan kawan...sesiapa yang minat dengan kartun upin & ipin ni jangan lupa saksikan rancangan mereka pada hari ini jam 7.30 malam di tv9... betul betul betul.....

Sunday, 1 February 2009

My baby Mikayla Sofea

Koleksi gambar kayla dari 1 bulan hingga 11 bulan.sedar tak sedar kayla dah nak masuk 1 tahun.Sekejap je masa berlalu.Mama rasa tak puas jaga kayla masa baby.Mama sayang sangat dekat kayla..bila kayla dah besar nanti boleh la kayla tengok blog mama ni... kalau tahun lepas waktu ni mama dah di tahan kat hospital...nak lahir kan kayla..kayla pun dah tak sabar nak keluar... Mama masih ingat lagi pengalaman mengandung kan kayla,Tuhan saja yang tahu macam mana lasaknya anak mama masa tu..
Tanggal 2 Februari 2008 ,mama dah rasa sakit sangat nak lahir kan kayla. Pukul 9.00 pagi mama di bawa masuk ke bilik bersalin...satu jam dah berlalu kayla belum lahir lagi ..mama cuba lagi menahan sakit tapi kayla belum boleh keluar lagi....hari pun dah petang..papa pun dah semakin gelisah tengok keadaan mama..tiba tiba kayla diam tak bergerak gerak...masa tu mama dan papa hanya berserah kepada tuhan harap kayla dapat di selamatkan..tepat pukul 6.00 ptg Dr bagi tau mama tak boleh lahirkan kayla dalam keadaan normal memandang kayla dah lemah dalam perut mama,Mama ditolak masuk dalam bilik pembedahan ditemani papa.. 6.55 petang kayla selamat dilahirkan ....secara pembedahan syukur alhamdulillah kayla sihat dan berada dalam keadaan sempurna.


Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Kids Birthday

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers